Categories: TECH

HUAWEI P11 VS IPHONE X

Selepas jenama terkemuka Samsung memperkenal kan peranti imbasan tapak tangan, kali ini jenama Huawei pula bakal memperkenalkan peranti Face ID untuk model terbaru telefon pintar keluarannya. Ketiga-tiga jenama gergasi ini saling bersaing bagi memastikan pelanggan-pelanggan mereka sentiasa mesra dan dekat dengan mereka.

Bakal Saingi Iphone X ?

Seperti kebiasaannya, setiap keluaran terkini Apple dengan peranti yang terbaru dan lebih update semestinya akan mendapat saingan daripada jenama-jenama lain. Kini, selepas Iphone X perkenal pengimbasan wajah untuk model keluaran terbarunya, Huawei pula bakal muncul dengan peranti yang sama pada telefon pintar P11 nya yang dijangka akan dikeluarkan pada februari tahun hadapan.

“Notch” Seperti Iphone X ?

XDA Developer juga telah menemui petanda bahawa peranti yang terdapat pada telefon P11 keluaran Huawei ini juga mempunyai “notch” atau takuk skrin sama seperti yang terdapat pada Iphone X.

Notch pada model Iphone X

Notch atau takuk skrin pada telefon pintar

Kepada semua pelanggan dan pengikut tegar jenama telefon pintar ini, P11 sudah semestinya akan menemui peminatnya pada Februari depan dengan 10 kali ganda lebih tepat peranti imbasan wajah berbanding Face ID Iphone X.

Salma Syahbuddin