Categories: TECH

Modem 4G Dengan Fungsi “Power Bank” Terbaik

Kepada anda yang gemar melancong dan inginkan sebuah modem 4G yang berkapasiti bateri yang besar, berikut kami kongsikan 2 buah Modem MiFi dengan fungsi Power bank. 

Dengan peranti ini, anda bukan sahaja dapat menikmati perkongsian data, malah ianya boleh dijadikan sebagai kuasa tambahan kepada peranti pintar anda. Dengan dua peranti keluaran Xiaomi ini, anda tidak perlu risau lagi untuk merantau.

1. Xiaomi ZMI MiFi Wireless WiFi Router Modem 10000Mah Power bank

Dengan bekalan kuasa bersaiz 1000Mah dan kemampuannya seabagai Modem mudah alih, ianya dapat bertahan selama lebih 10 hari penggunaan.

Modem keluaran Xiaomi ini juga berkualiti tinggi dan tahan lasak. Untuk makluman anda, ianya dapat menyokong semua Simkad Telco tempatan. Walaubagaimanapun harganya agak sedikit mahal iaitu dalam lingkunga RM339, ianya boleh didapati pada portal jualan atas talian seperti Lazada dan lain – lain.

2. Xiaomi ZMI MiFi Wireless WiFi Router Modem 7800 Mah Power bank

Kepada anda yang tidak mempunyai cukup bajet untuk memiliki model 10000Mah, jangan bersedih kerana Xiaomi ada menyediakan Modem ZMI versi 7800 Mah dengan harga serendah RM249.

Juga memiliki fungsi dan kemapuan yang sama dengan model satu lagi, cuma sedikit kekurangan pada saiz baterinya sahaja.

 

Apa – apapun keduanya berbaloi untuk dimiliki, berbelanjalah mengikut kemampuan. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

sumber: wiser.my

SGMS Putri