Categories: Trending

100% Sah! Safawi Rasid Kembali Ke Pangkuan JDT Tahun Depan

Walaupun kelibatnya sering ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air untuk beraksi bersama Portimonense SC di Portugal, namun Safawi Rasid dikatakan bakal kembali semula bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.

Berita mengenai kepulangan Pawi ini turut disahkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (sah),” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Terdahulu, Pawi bersama kelab Portugal, Portimonense SC selepas dipinjamkan dari JDT selama semusim tetapi sejak Oktober lalu, beliau masih belum diberi peluang untuk tampil buat kali pertama bersama skuad utama skuad berkenaan.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin