Categories: Trending

Selepas Vaksin Pfizer, Penasihat FDA Cadang Guna Vaksin Moderna Pula

Selepas vaksin Pfizer yang mengandungi 95 peratus keupayaan untuk mencegah jangkitan Covid-19 terbaharu, panel penasihat bagi Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengesyorkan penggunaan vaksin Covid-19 buatan Moderna pula untuk tujuan kecemasan.

Keputusan ini bakal memberi pilihan kedua bagi rakyat AS dalam usaha mencegah wabak itu selepas vaksin Pfizer dan Biontech diluluskan minggu lalu.

Moderna mempunyai lebih banyak manfaat

Panel penasihat FDA juga bersetuju bahawa vaksin Moderna ini mempunyai lebih banyak manfaat berbanding risiko bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas.

Selain itu, vaksin ini juga tidak perlu disimpan dalam suhu ekstrim berbanding Pfizer.

Dengan 95 peratus terbukti berkesan, vaksin Moderna akan mula diedarkan sebaik sahaja mendapat kelulusan akhir oleh FDA.

Dan pihak berkuasa Amerika Syarikat menjangkakan sejumlah 40 juta dos Pfizer dan Moderna akan tersedia menjelang hujung tahun.

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin