Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, seramai 50 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar petugas kesihatan berkenaan masih tidak dapat dikenalpasti.
“Kesemua kontak diambil swab ujian dan diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) malah semua pesakit yang kontak kepada kes juga diambil swab ujian yang sama”
Tambahnya lagi, pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih berada dalam keadaan terkawal.
Malah, pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.
Dr Sha’ari juga menasihatkan agar orang awam tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting.
“Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes-kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes Covid-19,”
” Pihak JKNS akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda