Categories: Trending

13 Lagi Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan

Sebanyak 13 kes baharu dicatatkan pada Ahad sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat sebanyak 9,083 kes.

Babitkan 5 warganegara Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 174 kes dan pesakit telahpun diasingkan serta diberi rawatan.

Menurutnya, daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, sembilan kes ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan lima warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara.

“Bagi penularan dalam negara, Pulau Pinang (tiga kes) dan dua kes membabitkan Kluster PUI Sivagangga, manakala satu kes daripada Kluster Kurau.

” Bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan satu kes daripada Kluster Meranti,” Katanya.

Tambahnya lagi,  sehingga kini terdapat satu kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, tiada pertambahan kes kematian setakat Ahad dan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 125 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Salma Syahbuddin