Categories: Trending

Bank Rakyat Tawar Lanjutan Moratorium 3 Bulan, Cara Mohon Dengan Mudah

Pada bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk melanjutkan moratorium dan bantuan bank Bersasar kepada tiga golongan istimewa.

Baca artikel berkaitan: Lanjutan Moratorium Bank Bersasar Untuk 3 Bulan Buat Golongan Ini..

Terbaru, Bank Rakyat mengumumkan lanjutan moratorium selama tiga bulan kepada pelanggan yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka selepas tempoh moratorium secara automatik tamat 30 September ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, kemudahan tersebut adalah khusus kepada mereka yang diberhentikan kerja pada tahun ini, mereka yang belum mendapat pekerjaan baru dan mereka yang diarahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan sehingga Disember 2020.

Tawar bantuan bersasar buat PKS

Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan bantuan buat individu yang bekerja sendiri dan mereka yang mengusahakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

Cara mohon lanjutan moratorium

Bagi pemegang kad yang menunjukkan tanda kesukaran pembayaran (tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum selama 3 bulan berturut-turut), Bank Rakyat secara automatik akan mengubah jumlah tersebut menjadi ansuran selama 36 bulan.

Bagi pemegang kad bukan dari kategori ini, anda boleh memohon untuk menukar baki kad kredit anda kepada pembiayaan berjangka dengan:

1. Hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di 03-2693 6880

2. Emailkan permintaan anda kepada kkredit@bankrakyat.com.my

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pihak bank menerusi e-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my dengan menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”