Categories: FeaturedTrending

2 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard

Dua orang pelajar Malaysia menjadi inspirasi ramai apabila berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard.

Kedua dua pelajar tersebut ialah Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi yang berasal dari Kuantan, mereka bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025.

Difahamkan, kedua-dua pelajar ini mempunyai latar belakang pendidikan sekolah menengah harian, Jarell menamatkan SPM dan A-Level di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya manakala Hamdi merupakan lulusan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Menurut, Ketua Penyelidikan Khazanah Nasional Berhad dan penemuduga alumni, Nick Khaw,

“Kisah Hamdi adalah kisah luar biasa yang kami harap dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Dia mempunyai pengalaman hidup yang mencabar, termasuk pernah membuat beberapa pekerjaan untuk menolong keluarganya dan masuk ke sekolah berasrama untuk mengurangkan beban keluarganya.

Hamdi merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi sementara Jarell merancang untuk mengambil jurusan Matematik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua duanya kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Semoga dengan kejayaan ini menjadi inspirasi buat generasi muda untuk terus berusaha belajar sehingga ke menara gading.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”