Categories: FeaturedTrending

Tidak Perlu Tunjuk Aktiviti, Hanya Isi Borang Untuk Rentas Negeri

Berikutan isu berita yang tular di media sosial, pihak polis hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa seseorang individu yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri perlu mengemukakan bukti jadual perjalanan dan aktiviti yang dilakukan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata sudah memadai bagi mereka mengisi borang dan mengemukakan butiran serta bukti sahih.

“Isu tular ini sudah dinafikan polis. Tidak perlu tunjukkan bukti aktiviti setiap hari kalau mahu merentas negeri. Cukup berikan dokumen sokongan daripada majikan atau pihak lain berkaitan,” katanya pada BH, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial terutama Facebook kononnya polis mengeluarkan arahan supaya pemohon rentas negeri diwajibkan menunjukkan bukti aktiviti setiap hari.

Ia susulan beberapa laporan selebriti dan personaliti media sosial atau ‘Instafamous’ menyalah guna kebenaran rentas negeri diberi polis.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”