Categories: Trending

Ini Tanda-Tanda Amalan Puasa Anda Diterima

Dalam kita berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala dan melakukan amal ibadat di bulan Ramadan yang mulia ini kadangkala terbit kegusaran dalam hati , apakah amalan puasa kita akan diterima oleh Nya dan apakah tanda-tanda amalan puasa ini diterima.

Justeru, persoalan yang bermain di benak fikiran ini dapat disingkap di dalam kenyataan di bawah.

Tanda amalan puasa diterima

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

Menjawab persoalan di atas, Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyebut:

Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu.

Kredit foto: Google

Nabi SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan yang paling baik adalah yang berterusan. Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.” Riwayat Muslim (1780)

Oleh itu, dapat difahami bahawa salah satu tanda amalan puasa diterima adalah kita berterusan dalam melakukan amalan-amalan ketaatan kepada-Nya walaupun selepas berakhirnya Ramadhan.

Ibn al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij al-Salikin menyebut: Tanda diterimanya amalan seseorang ialah apabila dia merasa bahawa amalan yang dilakukannya masih hina dan kecil.

Kredit foto: Google

Semoga kita sentiasa bersikap istiqamah dalam melakukan amal kebaikan walaupun sebesar zarah. Kita juga perlu sentiasa berdoa untuk terus tawakkal dan tidak putus asa untuk mendapatkan rahmat Allah di bulan yang mulia ini.

Sesungguhnya, setiap amal ibadat yang dilakukan pada bulan Ramadan ini amat istimewa kerana ganjaran pahalanya berlipat kali ganda.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan­

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”