Categories: Trending

3 Inisiatif Bendung COVID-19 Dijalankan Di Selangor

Tiga inisiatif akan dijalankan oleh Kerajaan Selangor bagi membendung penularan COVID-19 termasuk program isolasi pekerja Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Inisiatif kedua pula ialah mengenal pasti lima lokaliti bagi menempatkan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19 dan ketiga meningkatkan penyelarasan dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) supaya saringan pekerja asing dilakukan dengan kadar segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sehingga hari ini seramai 9,056 atau 82 peratus daripada 11,000 pekerja tempatan dan warga asing di bahagian kargo menjalani ujian saringan dengan hanya tujuh kes, kesemuanya warga tempatan, dikesan positif sejak Khamis lalu.

“Kos saringan akan ditanggung pihak syarikat manakala separuh kos penempatan dalam program isolasi pekerja dari 26 November hingga 9 Disember ini akan ditanggung kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kredit foto: FB Menteri Besar Selangor

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”