Categories: Trending

PKPB : SOP Benarkan Aktiviti Scuba Diving Di Sabah

Kerajaan Sabah sedang merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk aktiviti menyelam skuba ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan pihaknya menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti ini beroperasi semula.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aktiviti menyelam itu dikategorikan sebagai aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal.

menghidupkan semula industri pelancongan

Tambahnya, berita baik yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri itu amat dinantikan oleh semua pengusaha pelancongan selepas beberapa bulan tidak dapat beroperasi.

Malah, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini mampu merancakkan kembali industri pelancongan negeri Sabah yang terkesan akibat krisis Covid-19.

Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu kelulusan daripada MKN yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun mengumumkan pihaknya membenarkan semula aktiviti menyelam termasuk di zon merah sejajar kelonggaran aktiviti rekreasi ketika PKPB ini.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin