Categories: Trending

500 Pendaki Berjaya Turun, Enam Masih Di Gunung Rinjani

Alhamdulillah… Susulan kejadian gempa bumi di Lombok Ahad lalu, lebih 500 pendaki yang terperangkap berjaya dibawa turun dari Gunung Rinjani.

Hal ini disahkan oleh jurucakap agensi bencana alam kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kesemua 543 pendaki itu tiba di sini malam tadi.

“Masih ada lagi baki enam pendaki yang perlu diselamatkan dan semuanya berada dalam keadaan sihat serta selamat,”katanya.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi Ahad lalu meragut 17 nyawa manakala lebih 150 lagi cedera dalam insiden berkenaan yang turut dirasai sehingga ke barat Bali.

Sutopo berkata, seramai 820 pendaki, kebanyakannya rakyat asing sedang mendaki Gunung Rinjani apabila gempa bumi itu berlaku, menyebabkan dua laluan tertutup sama sekali,

Taman Negara Gunung Rinjani dalam satu kenyataan menerusi Twitter semalam berkata, laluan utama di Senaru telah dibuka bagi membolehkan semua pendaki dibawa turun.

Mereka berkata, pendaki lazimnya mengambil masa dua hari dan satu malam untuk mendaki dan menuruni Rinjani. – Agensi

 

SGMS Faida