Categories: Trending

9 Mei Cuti Peristiwa, Jom Turun Mengundi!

Semua sekolah di seluruh negara diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei ini sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun rasmi Facebooknya selepas pengumuman tarikh-tarikh penting Suruhanjaya Pilihan Raya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di sini hari ini.

Dalam pengumuman itu, Mohd Hashim turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 28 April dan tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pada hari Rabu (9 Mei) sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

SGMS Faida