Categories: FeaturedTrending

Adira Suhaimi Kini Berniqab?

Setelah pengacara, Noor Neelofa tampil berniqab tahun lalu, penampilan tersebut ternyata memberi impak kepada orang ramai.

Beberapa rakan artis seperti Yatt Hamzah turut memuat naik foto berniqab sebagai sokongan buat pengacara itu walaupun tidak mengenakan niqab sepenuhnya.

Terbaru, penyanyi, Adira Suhaimi tampil mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto dirinya memakai niqab.

Foto tersebut kini menerima banyak reaksi positif daripada orang ramai dan para peminat.

Difahamkan, niqab tersebut adalah pemberian daripada penyanyi terkenal Siti Sarah yang juga usahawan yang mengeluarkan pakaian muslimah dan Adira membantu mempromosikan jubah dan niqab berkenaan.

Apapun, jom sama sama doakan semoga di bulan Ramadan yang mulia ini lebih ramai yang berhijrah untuk kebaikan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”