Categories: Trending

Agong Dan Pemaisuri Bebas COVID-19, Kini Selesai Jalani Kuarantin

Umum mengetahui bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjalani kuarantin diri berikutan wabak Coronavirus yang menyebabkan beberapa petugas Istana Negara dijangkiti dua minggu lalu.

Hari ini, kedua-dua pasangan diraja itu selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat atas doa dan keprihatinan semua terhadap kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka sekeluarga.

Sejumlah 116 lagi kakitangan Istana Negara yang telah diarahkan oleh KKM untuk menjalani saringan dan kuarantin selama 14 hari juga turut berakhir pada hari ini.

Selain itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan sanjungan tinggi kepada KKM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya wira dan wirawati di barisan hadapan atas ketabahan

“Seri Paduka Baginda Berdua turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan segera,”.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”