Trending By: Padin December 26, 2020 @ 3:13am

Aina Abdul Bakal Beri 200% Di Pentas Akhir Vokal Mania

Penyanyi Aina Abdul akan memberikan persembahan terbaik di pentas akhir Vokal Mania yang berlangsung pada malam ini.

Bakal mempersembahkan sebuah lagu medley dan sebuah lagu battle bersama rookie, Aina melihat program ini sebagai salah satu platform pembelajaran terbaik untuk dirinya.

“Alhamdulillah, perjalanan saya bersama idol dan rookie lain bakal bernoktah malam ini. Sejujurnya, Vokal Mania banyak mengajar saya pelbagai ilmu baru.

“Saya melihat sendiri kesungguhan idol dan rookie lain serta komen dan kritikan yang juri berikan saya terima dengan positif dan menggunakan ia sebagai pemangkin untuk melakukan yang terbaik.

“Insya-Allah, saya akan memberikan 200 peratus pada malam akhir nanti. Saya harap peminat dapat menyokong saya menerusi undian,” kata Aina.

Tambah Aina lagi, dia amat berbangga kerana dapat menjadi salah seorang artis yang terlibat dalam Vokal Mania.

“Biarpun saya masih baru dalam industri seni, saya melihat kesempatan untuk bergelar idol Vokal Mania ini adalah salah tuah yang terjadi di tahun 2020.

“Banyak dugaan yang saya tempuhi sepanjang Vokal Mania, antaranya ketika saya harus membuat persembahan dari rumah kerana kuarantin sedangkan idol dan rookie lain berada di studio.

ARTIKEL BERKAITAN – Vokal Mania: Sabtu Ini Tetap ‘On’, Aina Abdul Bakal Buat Persembahan Dari Rumah

“Menang atau kalah, saya serahkan kepada ketentuan Allah kerana apa yang penting, saya mahu memberikan yang terbaik sehingga penonton terhibur,” katanya lagi.

Selain bertarung dengan tiga idol lain iaitu Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo, Aina juga akan berentap dengan salah seorang daripada empat rookie iaitu Eranzz Lambert, Danial Chuer, Aisha Retno dan Alif Kadim di pusingan battle.

Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.

Siapa yang bakal bergelar juara rookie dan juara idol untuk program Vokal Mania? Sama-sama nantikan jawapannya pada Sabtu, 26 Disember 2020, jam 9 malam ini di TV3!

Undi rookie dan idol kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Dec 2017

Henti Tular Video Pembunuhan Itu Kata PDRM

Hentikan tilar video lelaki yang ditikam dan dilangar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah di Jalan Sri Pelangi,

Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Tue, 14 May 2019

Suami Kongsi Kisah Bila Si Isteri Kena ‘Try’ Dalam Pesawat Air Asia

Untuk jejaka itu, kalau anda sedang membaca artikel ini, kami doakan anda bertemu jodoh dalam masa terdekat.

Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Fri, 3 Jan 2020

Take A Look At 2020’s Bridal Trends With This Malaysian Designer’s Night At The Museum

Darling, you look pretty in white but you look exceptional in Adila Long..

Trending Sat, 7 Apr 2018

‘Pergi’ Penuh Gaya, Jutawan Dikebumi Dengan Barang Kemas Mahal!

Bukan hanya barang kemas sahaja yang diletakkan bersama mayat berkenaan tetapi juga sepasang kasut berjenama Timberland turut ada. Dasyat ni!

Trending Wed, 14 Oct 2020
Trending Wed, 24 Oct 2018

Selepas 110 Tahun, Akhirnya Kapal Titanic II Akan Sambung Belayar Ke New York Pada Tahun 2022

Titanic II akan berlayar dari Southampton menuju ke New York.

| Live TV