Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2022 @ 7:48pm

“Tinggalkan Kontroversi, Jangan Cari Sampah Lagi!” – Mahu Buat ‘Comeback’, Netizen Mohon Shuk Sahar Jangan Buat Hal

Sususlan kes rumah tangganya, pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mengakui sangat terkesan dengan apa yang berlaku.

Malah, beliau sebelum ini juga bertindak menjual kediamannya semata-mata mahu meneruskan kehidupan.

Terbaharu, Shuk ada berkongsi menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya memaklumkan yang beliau sebenarnya sudah rindu untuk membuat kemunculan semula.

“Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?

“Sumpah aku rindu… rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap ngn kengkawan dalam radio,” tulisnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikut beliau memberi respons yang positif terhadap niat baik Shuk itu.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka yang tampil memberikan nasihat agar segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh bekas pengacara Now I Can See Your Voice ini tidak akan berulang lagi.

Untuk rekod, Shuk Sahar terpalit dengan isu kontroversi membabitkan rumah tangganya selepas kantoi berlaku curang dengan wanita yang sama lebih dari sekali.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Nov 2018
Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Wed, 13 May 2020
Trending Sat, 16 Mar 2019

“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban Dalam Insiden

“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban, Sapaannya Kepada Pengganas

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Pelakon drama Seribu Rindu ini mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

error: Content is protected !!