Featured By: Aqilah Paharuzi December 15, 2022 @ 8:10pm

Tidak Mahu Terima Anugerah ‘Michelin Star’, Chef Wan Bersyukur Dikenali Sebagai Personaliti TV Chef Dunia – “Lebih Baik Saya…”

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Cef Wan baru-baru ini menerima anugerah Michelin iaitu anugerah BIB Gourmand award untuk restorannya De.Wan 1958.

Menerusi perkongsian di Instagram, Cef Wan menjawab persoalan ramai yang bertanya sekiranya dirinya tidak mahu menerima anugerah Michelin Star seperti cef popular antarabangsa, Gordon Ramsay.

“Ada yang tanya saya Cef Wan tak nak ke Michelin Star tu macam Gordon Ramsay? Saya gelak…

“Saya bukan cef bekerja terbaik seperti yang lain, menjalankan restoran mereka sendiri dan mengetuai pasukan masakan. Saya tak pernah meletakkan diri saya dalam posisi itu dari awal buka restoran.

“Saya sudah tua dan tidak mempunyai semangat serta keinginan untuk berada di dapur. Malah, saya memilih semua top chef saya, beri mereka gaji tinggi dan biarkan mereka lakukan kerja saya dengan memberi bimbingan dan latihan untuk memasak semua resepi terbaik saya.

“Awak semua tak akan pernah nampak anugerah Michelin Star dalam diri saya. Sepanjang saya hidup, saya dikenali sebagai ‘World TV Chef Star’, tak cukup ke semua tu?” katanya.

Mengulas mengenai anugerah BIB Gourmand yang diterima, difahamkan anugerah ini diberikan kepada restoran yang terkenal namun masih menyajikan makanan dengan harga berpatutan.

“Orang ramai mesti sedar De.Wan 1958 adalah sebuah restoran besar yang dikendalikan oleh ramai kakitangan yang tidak mudah untuk mengekalkan standard sangat tinggi seperti kebanyakan Michelin Star lakukan.

“Restoran kami menerima sebanyak 800 keada 1,000 tetamu pada hari minggu yang sibuk dan tidak mudah untuk mengekalkan kualiti makanan dan konsisten dalam memasak.

“Kami juga tiada minuman alkohol, perhiasan atau penetapan meja makal serta tiada kakitangan perkhidmatan profesional bergaji tinggi.

“Tak semua orang mampu untuk makan di restoran bertaraf Michelin kerana harga makanannya terlalu mahal.

Artikel Berkaitan: Chef Wan Kecewa Adik-Beradik ‘Lepas Tangan’ Jaga Mak -“Ibarat Ludah Dilangit Timpa Kat Muka Sendiri”

Artikel Berkaitan: Selesa Guna Khidmat Profesional, Chef Wan Berbelanja Hampir RM6,000 Sebulan Demi Ibu – “Tak Payah Beli Kasut Gucci Atau Beg Prada Lagi…”

“Jadi kami mempunyai semua kelebihan untuk membuat wang dengan menyesuaikan restoran kami kepada mereka yang mahu menikmati makanan berkualiti tinggi dengan perkhidmatan terbaik dan harga berpatutan.

“Jadi apa yang baru kami terima daripada Michelin iaitu anugerah BIB Gourmand ini sangat semua dengan prinsip restoran De.Wan 1958,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Nov 2020
Trending Tue, 5 Mar 2019

Skincare Tip! Top Bestseller Mask Untuk Kulit Berjerawat

Menerusi laman sosial dan blog review, produk mask ini telah berjaya menjadi top bestseller dan sangat popular dalam kalangan kaum wanita!

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Bridal Shower Nelydia Senrose Meriah

Cantiknyaaaa lahaiiii Nelydia nih!

Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Rai Hari Jadi Tanpa Boyfriend, Selena Gomez Guna ‘Plan B’

Tiru macam Selena…No boyfriend? No problem!

Hiburan Sun, 5 Jan 2020

26 Jam Untuk Hasilkan Video Muzik ‘Hello’

Siapa dah tengok, angkat tangan!

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.