Hiburan By: Syamir Shafie October 18, 2023 @ 1:44pm

“Orang Nak Berak La Bod*h, Nak Tengok Apa?”- Seram! Wanita Temui Kamera Skodeng Dalam Tandas Stesen Minyak

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia mendakwa menemui kamera pengintip yang disembunyikan di bahagian ‘flush’ tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut dikongsikan di laman X oleh @Injang_Nation semalam.

Menyedari hal tersebut, dia membongkar niat jahat individu tidak bertanggungjawab terbabit selepas ternampak pantulan kecil pada pita pelekat berwarna hitam yang ditampal di bahagian itu.

Pita pelekat tersebut tertulis ‘flush rosak’.

“Saya ternampak tanda ‘flush rosak’ yang ditampal guna tape hitam, kemudian nak keluar la… tapi terdetik untuk tengok sekali lagi sebab perasan macam ada pantulan,” tulisnya.

Wanita tersebut ingin tahu atas apa yang dilihatnya, kemudian dia terus menyentuh dan merasai sesuatu benda di sebalik pelekat hitam.

Lantas, dia mencabut pelekat hitam tersebut.

Rupa-rupanya, terdapat kamera pengintip.

Memetik laporan mStar, apa yang dilihat itu membuatkan dia diselubungi pelbagai perasaan dan terus menggigil.

Selepas itu, dia terus memanggil suaminya dan seterusnya membuat laporan polis.

Malah katanya, laporan polis terpaksa dibuat pada tengah malam itu juga disebabkan tindakan individu yang tidak bermoral.

Semetara itu, wanita turut menasihati orang ramai khususnya kaum wanita dinasihatkan sentiasa berwaspada serta perhatikan dahulu keadaan sekeliling ketika menggunakan tandas awam lebih-lebih lagi di stesen minyak.

Perkongsian di laman X itu meraih 5,650 tontonan, 5,468 ciapan dan 4,058 tanda suka.

Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa jijik sekaligus menempelak tindakan pelik individu yang tidak beretika itu kerana tandas merupakan tempat orang ramai untuk membuang air kecil dan besar.

 

Bahkan, netizen menyifatkan perakam sebagai individu yang obses dengan bahan-bahan pornografi sebegini.

Pemilik akaun X, Maju Saham memberi cadangan untuk orang ramai mendapatkan pengesan kamera pengintip sebagai langkah berhati-hati yang boleh sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

Events Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

Commercial Featuring BLACKPINK Banned in Indonesia

It’s apparently due to their miniskirts!

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Contohi Ruffedge, Munir Idam Phyne Ballerz Buat Comeback

Kalau kita lihat lagu-lagu zaman sekarang, banyak yang meleleh-leleh. Mungkin kami boleh cuba rakam lagu ‘R&B Meleleh’, siapa tahu kena dengan selera pendengar kan?

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Aziz Harun Penakut?

Eh kenapa pula tu?