Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 6, 2018 @ 4:20pm

Contohi Ruffedge, Munir Idam Phyne Ballerz Buat Comeback

“ Kalau ada penaja, sasaran penonton yang tepat…why not kan?,” demikian kata bekas anggota Phyne Ballerz, Munir mengenai sama ada kumpulan berkenaan ada merancang untuk membuat kemunculan semula.

Kumpulan yang dianggotai oleh Munir, Nine, Billy dan Beego ini pernah mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 2002- 2005.

Munir ketika ditemui di konsert ulang tahun Ruffedge ke 20 tahun di KL Live memberitahu dia cukup teruja melihat rakan seangkatannya berjaya membuat comeback dengan jayanya.

“ Melihat Ruffedge di pentas, sudah tentu rasa rindu itu datang untuk membuat persembahan bersama dengan ahli Phyne Ballerz yang lain.

“ Perancangan itu memang ada. Perlu tunggu waktu yang sesuai dan target market yang tepat.

“ Seperti kumpulan Ruffedge, mereka teliti sebelum membuat kemunculan semula. Konsert ulang tahun pada malam ini bukti kumpulan hip hop dan R&B seangkatan kami masih belum hilang sengat. Doakan agar impian saya jadi kenyataan,” katanya kepada xtra.com.

Penyanyi popular dengan lagu Monte Carlo ini juga berhasrat menghasilkan lagu yang masih mengekalkan genre R&B tetapi dengan sedikit kelainan.

“ Kalau kita lihat lagu-lagu zaman sekarang, banyak yang meleleh-leleh. Mungkin kami boleh cuba rakam lagu ‘R&B Meleleh’, siapa tahu kena dengan selera pendengar kan?,” katanya sambil ketawa.

Pada masa ini, Munir juga masih sibuk menerima undangan mengacara dan menyanyi.

“ Saya masih ‘hidup’ dalam industri seni. Minat saya masih di sini dan belum terfikir untuk keluar daripada bidang hiburan.

“ Tidak dinafikan dengan kemunculan ramai penyanyi baru masa kini, agak sukar untuk bersaing. Tetapi saya lihat daripada sudut positif.

“ Saya perlu terus bekerja kuat demi memastikan nama saya kekal relevan dalam industri hiburan,” katanya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2024
Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

Ladies, Jangan Patah Hati…Justin Bieber Umum Dah Beristeri

Sweet betul pasangan pengantin baru ni kan?

Featured Mon, 4 May 2026

Dahlia Rizal Perjelas Status Hubungan Dengan Isteri Radin – “Dia Adalah Kakak Dari Ibu & Ayah Yang Berlainan”

Dahlia Rizal tampil menjawab persoalan yang timbul mengenai status hubungannya bersama isteri kepada penyampai radio, Radin iaitu Nur Amirah Shamsulbahrin.

Hiburan Wed, 17 Sep 2025
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Selepas Semua Sudah, Elizabeth Tan Kini ‘Hidup Semula’

Lagu terbaru nyanyian Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini menjanjikan kepuasan kepada pendengar dengan penambahan elemen seram dan hiba menerusi lagu tersebut.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Buat ‘Live’ Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Netizen Kritik Aida Aris Didakwa Tiada Sensitiviti

Aida memilih untuk membalas komen-komen diterimanya secara ringkas dengan menulis, ‘Al-Fatihah’.

error: Content is protected !!