Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 11, 2024 @ 11:31am

Pacer Bergerak Perlahan… Azizulhasni Awang Jelas Keadaan Sebenar – “Saya Dihimpit Pelumba Perancis, Hampir Jatuh”

Jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang, 36, mendedahkan situasi yang berlaku sehingga dibatalkan penyertaan pada pusingan pertama acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Telah dihalang dan dihimpit secara agresif oleh pelumba dari Perancis, bintang sukan yang dikenali dengan nama The Pocket Rocketman ini juga mendedahkan dia hampir terjatuh, namun berjaya mengawal situasi cemas itu dengan baik.

Azizul mendedahkan perkara terbabit menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram.

“Ketika melepasi selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan daripada pelumba Perancis. Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ia disengajakan kerana melanggar saya dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh merana tindak balas pantas dan kemahiran yang saya ada.

“Tidak cukup dengan itu beliau masih mengekori rapat di sebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan di dalam keadaan seperti itu, reaksi saya adalah bergerak ke hadapan untuk mengelak daripada beliau,” tulisnya.

Bintang sukan kelahiran Terengganu ini turut mendedahkankan strategi yang sudah diatur bersama jurulatih, John Beasley sebelum acara saringan berlangsung.

“Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, plan terbaik adalah untuk terus ke hadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin. Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ia akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya.

“Akan ada kemungkinan halangan dan jarak oleh beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan kemungkinan untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.

“Berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar saya sudah bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan dari belakang, ini sama ketika saya lakukan di perlumbaan Kejuaraan Asia di Kuala Lumpur dahulu juga. Perancangannya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama),” jelasnya.

Azizul yang pernah memenangi pingat gangsa dan perak Sukan Olimpik itu turut menjelaskan mengenai situasi dia mendahului derny (pacer).

“Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat pada kelajuan 50-55 kilometer sejam. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.

“Saya yang tengah bergolak dengan pelumba Perancis itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk brek akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan. Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line).

“Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya akan tetapi ia adalah tidak disengajakan dan juga adalah disebabkan oleh dua keadaan. Pertama blocking dan himpitan berterusan daripada pelumba Perancis dan kedua, adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan.

“Jurulatih, John Beasley dan Pengurus, Pasukan Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka review kembali video perlumbaan dan keputusan. Namun mereka memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azizul turut memohon orang ramai mendoakan kejayaan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berjaya ke peringkat suku akhir keirin dan seterusnya berjaya membawa pulang pingat untuk pasukan negara.

Terdahulu, Azizul telah disingkirkan daripada pusingan pertama acara berbasikal keirin di Olimpik Paris 2024 sekali gus mengejutkan ramai penyokongnya.

Pada perlumbaan itu, Azizul yang disandarkan harapan untuk menggungguli acara kegemarannya dan sekali gus membutirkan pingat emas pertama negara di Olimpik, dibatalkan penyertaannya selepas dia mendahului pacer.

Kredit foto: Bernama, Majlis Olimpik Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 May 2025
Trending Mon, 2 Mar 2026

Rebut Peluang Sertai Bonanza Berkat, Media Prima Tawar Duit Raya RM100 Untuk 50 Pemenang Setiap Minggu

Menariknya, lebih banyak keyword dihantar, lebih tinggi peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

“I Said Yes!”- Raja Ilya Dedah Status Terkini

Tahniah dari kami di xtra.com.my! Baca berita penuh dengan hanya klik artikel di atas

Hiburan Wed, 8 May 2019

‘Nak Guna Gambar Tak Salah, Tapi…’- Azhan Rani Tegur Peniaga

Hah, dengar tu…kan Syed Hamadi dah mula bersuara!

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Pengarah Filem Kalla Tarik Diri, Apa Kata Penerbit?

Saya harus akui bimbang dengan kos perbelanjaan, berikutan setakat ini untuk filem Kalla saja boleh dianggarkan pelaburan dibuat mencecah RM3 juta.

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Allahu, banyak yang terpendam dari kecil tu! Semoga Aqish dan ibu kuat dengan dugaan ini.

Trending Tue, 20 Oct 2020
familuv Sat, 3 Dec 2022

Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Cium Zahirah Macwilson!

Tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pelakon Zahirah Macwilson di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian penonton. Menerusi hantaran tersebut, suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak sulung lelaki mereka, Isaac Raees sedang berebut untuk […]

error: Content is protected !!