Featured By: Salma Syahbuddin September 26, 2021 @ 2:51pm

Cipta Kejayaan Pada Usia 11 Tahun, Maryam Muzamir Curi Perhatian PM, James Corden & DG Hisham

Baru berusia 11 tahun, pelajar Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan ini berjaya meraih tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Kanada pada Ogos lalu.

Kejayaannya mencipta sejenis makanan haiwan baharu yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut itu sangat membanggakan dan sekaligus berjaya mencuri perhatian pengacara dan hos terkenal antarabangsa, James Corden.

James menerusi program bual bicaranya The Late Late Show With James Corden turut memuji kejayaan Maryam yang disifatkan sangat luar biasa bagi kanak-kanak seusianya.

Bukan itu sahaja, James juga sempat membuat ciapan di laman Twitter program tersebut yang kini mempunyai 1.5 juta pengikut.

“Anda mungkin pernah mendengar tentang gadis ini (Maryam). Ia sangat luar biasa.

“Maryam Muzamir adalah pelajar sekolah berusia 11 tahun di Malaysia.

“Dia menggunakan sisa makanan biasa, kerang makanan laut lalu mengolahnya menjadi makanan ternakan yang baharu,” katanya.

 

Selain James, ciapan tersebut juga turut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui hantaran di Facebooknya.

Malah,  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pula hari ini memuat naik hantaran di Facebook miliknya mengucapkan tahniah atas kemenangan pelajar tahun lima itu kerana mengharumkan nama negara melalui inovasi makanan yang diciptanya.

Pada Ogos lalu, Maryam telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila merangkul tiga pingat emas dalam pertandingan sempena The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021.

ICAN 2021 adalah pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara yang diadakan secara dalam talian pada 28 Ogos lalu berikutan faktor pandemik Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Aina percaya rezeki akan datang kepada sesiapa yang tidak berhenti berusaha!

Trending Mon, 2 Apr 2018

捷运搭一半…抬头惊见「鬼男孩趴车窗」

有中国网友在社群网站透露,搭捷运到一半,抬头突然看到车窗外似乎趴在一个小男孩,本来有点想睡的他,顿时一阵清醒,连忙拍下照片发问:「这到底是干啥的??谁能解释解释!」听起来相当崩溃。

Hiburan Sun, 12 May 2019

Dua Bulan Belajar Tentang Celebral Palsy, Naim Daniel Puas Hati Bawa Watak Budi

Naim menganggap watak Budi antara tawaran dan pencapaian terbesar dalam karier seninya.

Hiburan Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Hantaran Unik Dynas Buat Bakal Suami

Saya anggap ini hantaran paling istimewa. Daripada saya belikan barang lain, lebih baik saya hadiahkan sesuatu yang bermanfaat dan boleh dikenang sampai bila-bila…auw, sweet habis la awak ni Dynas!