Featured By: Yanie Baharom August 22, 2019 @ 10:00am

Dodoi anak dengan gym ball, sambil bersenam tubuh ibu pun selesa!

Gym Ball (bola gym) atau bola keseimbangan, ialah  salah satu peralatan bagi tujuan senaman yang sinonim dengan kaum wanita.

Manfaat dari penggunaan bola bulat ini sebagai alat senaman dapat membantu wanita untuk memiliki postur tubuh yang menarik sekali gus memiliki bentuk badan idaman dengan cara yang menyenangkan.

Untuk ibu hamil dan yang bakal melahirkan, bola keseimbangan itu bermanfaat untuk pelvic rocking dan ia dapat mempermudahkan proses persalinan.

Foto: allwhatshewants

Bola keseimbangan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat bukan sahaja untuk ibu, tetapi juga untuk bayi  dalam kandungan. Nak tahu apakah kebaikan lain yang boleh diperoleh melaluinya, teruskan membaca artikel ini.

1. Kerusi kerja

Untuk ibu yang bekerja, keluhan sakit punggung akibat terlalu lama duduk sering berlaku. Sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggantikan kerusi kerja dengan bola keseimbangan ini.

Bentuknya yang ampuh dan kenyal boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang dan punggung dengan membetulkan postur anda.

Foto: iStock

2. Alat mainan untuk merangsang deria

Beberapa bola senaman memiliki tekstur yang bergerigi. Anda boleh menggunakan tekstur ini sebagai sebahagian daripada permainan deria si kecil.

Biarkan mereka menyentuh gerigi tersebut dan jika mereka cukup besar, dudukkan anak anda di atas bola tersebut sambil bermain.

Foto: iStock

3. Menidurkan bayi

Adakah si manja suka digendong ketika waktu tidurnya? Kerap mendukung dan mengendong bayi boleh menyebabkan si ibu mengalami sakit belakang, namun anda boleh mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan bola ini! Duduklah di atas bola sambil menggendong si kecil.

Goyangan secara perlahan akan membuat si kecil berasa seperti digendong. Jadi anda tidaklah berasa terlalu penat kerana berdiri  mendodoikan anak. Bonusnya? Anda dapat bersenam sedikit sambil menidurkan bayi!

Foto: Istock

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Dedah Pilihan Top 3 Vokal Terbaik AJL 37… Siap Belanja Lagu Terus Hidup!

Wahhhhh, siapakah top 3 vokal terbaik AJL 37 pilihan TokTi? 🤪 Kita nantikan esok tepat atau tidakk 🤪

Featured Sat, 25 Apr 2020

Awas jangkitan malaria, cegah sebelum menjadi wabak

KKM sasar sifar malaria sempena Hari Malaria Sedunia

Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Fri, 11 Jan 2019
Featured Fri, 26 Apr 2024