Hiburan By: Padin July 11, 2023 @ 8:26pm

Search & Barbarik Bergabung Dalam Konsert Double Trouble 2

Dua kumpulan rock, Search dan Barbarik bergabung dalam Konsert Double Trouble 2 di Stadium Malawati, Shah Alam yang bakal berlangsung pada 5 Ogos ini.

Ia susulan kejayaan Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, Jun lalu dan Konsert Barbarik Pentas Keras di Zepp Kuala Lumpur, Disember tahun lepas.

Menurut pemain gitar kumpulan Barbarik, Joe Branko atau nama sebenar, Abdul Zamin Abdul Kadir, sokongan dan permintaan peminat terhadap konsert rock menjadi maklum balas baik untuk industri rock tanah air.

“Bila ada banyak konsert rock seperti ini, ia menjadi petanda yang sangat baik untuk industri muzik tempatan. Perkembangan yang sangat sihat ini beri cabaran untuk kami beri persembahan terbaik. Tetapi, kami tidak janji bulan dan bintang. Namun, jika berjaya, saya percaya akan ada lagi konsert kami selepas ini.

“Konsert Double Trouble 2 tampil berbeza daripada edisi pertama. Saya dan Muss adalah pecahan daripada konsert pertama. Untuk momentum konsert kedua ini, ia akan tampil berbeza,” kata Joe.

Menurut Muss pula, mereka mahu menjadi lebih kreatif dalam menjayakan konsert ini demi kepuasan peminat yang hadir dan membeli tiket.

“Kami akan persembahkan 10 lagu Search, 10 lagu Barbarik dan enam buah lagu duet antara Search dan Barbarik. Konsert Double Trouble 2 menampilkan vokalis dan pemuzik berbakat generasi baharu seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozaimie dari Barbarik. Saya, Joe serta Kid dan Din daripada Search, kami sudah tidak perlu buktikan apa-apa.

“Jadi, kami beri peluang kepada pemuzik muda seperti Ainol dan Minn untuk membawa emosi pada konsert ini nanti. Mereka perlu buktikan kepada penonton bahawa mereka sesuai dengan kumpulan kami.

“Penyertaan mereka dalam kumpulan sebenarnya mendorong kami lebih kreatif dalam berkarya. Jadi, buat konsert ini, peminat akan dengar bunyian segar daripada pemuzik yang lebih muda daripada kami,” kata Muss.

Konsert Double Trouble 2 diinspirasikan daripada album Double Trouble 2 yang menggabungkan Search dan Wings yang diterbitkan pada 1998.

Search ketika itu menampilkan Amy sebagai penyanyi, Noordin (gitar), Kid (gitar), Fauzi (bass) dan Allahyarham Yazit (drums), manakala Wings dibarisi Muss (vokalis), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram).

Untuk konsert kali ini, Search sebuah jenama yang sebati dengan arena rock akan tampil di pentas, diterajui Din yang bermain gitar bersama Kid (gitar), Yan (bass), Firdaus (keyboard), Minn (dram) dan vokalis sensasi baharu, Denden.

Barbarik diterajui Joe (gitar) bersama Adi (keyboards), Ruzaimie (bass), Ainol (drums) serta vokalis, Muss.

Pembelian tiket boleh dibuat di laman web https://ilassotickets.com/event/konsert-double-trouble-2-feat-search-x-barbarik-2/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Waris Mengaku Tak Minat Berlakon, Nak Fokus Bidang Nyanyian

Dalam perkembangan lain, Waris kini sedang sibuk menyiapkan karya terbarunya yang dijangka menemui peminat paling lewat pada hujung tahun ini.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Neelofa’s Trip to Maldives Turns Out to Be Sponsored

How cool would it be to live Neelofa’s life right now.

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

‘Nak Naik Tangga Pun Mengah’-Remy Ishak Mula Rimas?

Saya cuba lari daripada ‘Remy Ishak’ yang anda selalu nampak. Tak adalah asyik berlakon cerita cinta sahaja kan?

Events Thu, 6 Dec 2018

Duet Dengan Anak, Tun Siti Hasmah Antara Kejutan Di Konsert Duo Lagenda

Jamal memberitahu persembahan Duo Lagenda bakal diserikan dengan gesekan biola isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah. Ayuh dapatkan tiket segera!

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Susut 5 KG, Cassidy La Creme Kongsi Tips Kurus Tanpa Pil

Patutlah makin cantik, Cassidy mengamalkan diet khas rupanya…

Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Featured Thu, 16 Dec 2021
Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Ada Yang Tegur Kerana…” – Amir Masdi Selesa Dengan Rambut Panjang

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Sakiti, Amir Masdi, 25, mengakui dirinya selesa dengan imej berambut panjang. Menurut Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, ramai peminat turut bersetuju dengan imej yang dibawanya sekarang. “Ada […]