Hiburan By: Fatin Nurain June 12, 2023 @ 10:54am

“Mereka Penyokong Nombor 1 Saya” – Liyana Jasmay

Pelakon, penerbit dan pengarah Liyana Jasmay mengakui pemergian kedua-dua ibu bapanya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya sebagai anak seni.

Terdahulu, ibu Liyana, Allahyarhamah Datin Habsah Simpon telah meninggal dunia akibat kanser otak tahap empat, pada 12 Mei lalu.

Manakala, bapanya, Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah telah meninggal dunia pada 12 Disember 2021 akibat kanser paru-paru.

Menurut Liyana, mereka merupakan penyokong nombor satunya sepanjang dalam kerjaya seni dan sering menjadi pembakar semangatnya untuk terus melangkah.

“Mereka adalah penyokong nombor satu saya. Ketika saya hampir berputus asa dan penat, saya selalu ingat yang saya ada dua peminat terbaik di dunia iaitu ibu bapa saya.

“Mereka sudah tiada, tetapi saya perlu membuatkan mereka bangga sebab perjalanan sebagai anak seni, tidak mudah, ada naik turun.

“Ada orang sukakan kita hari ini dan ada juga tidak sukakan kita esok, jadi bagaimana nak kekal waras.

“Jadi, kewarasan saya adalah arwah ibu bapa saya. Dengan ingatan yang diberikan dan sudah tentu sekarang, saya mempunyai kakak, Adriana. Dia sentiasa bersama dengan saya,” katanya.

Kehilangan ibu bapa dalam tempoh 17 bulan, Liyana bagaimanapun menyatakan setiap memori dan didikan mereka sentiasa berada dalam ingatannya untuk terus kuat.

“Saya tidak menafikan terasa sangat akan kehilangan. Arwah bapa meninggal dunia 17 bulan sebelum arwah ibu. Mereka berdua memang sentiasa ada dalam hidup kami.

“Kami rapat, pagi-pagi sudah WhatsApp. Nak pergi bercuti pun berbincang. Jadi, ia adalah kehilangan besar buat saya dan keluarga.

“Namun, dengan kenangan yang ada membuatkan saya kuat. Saya fikir apa yang arwah korbankan untuk saya.

“Saya fikir boleh tak saya buat untuk anak-anak. Saya harap boleh melakukan perkara sama kepada dua cahaya mata.

“Saya sedih, tetapi memori seronok buat saya tersenyum seperti memori dibesarkan dan sebagainya. Kenangan bersama menjadikan siapa saya hari ini,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

3 Artis Awet Muda Di Malaysia

Bakal berkongsi dengan anda 3 artis awet muda di Malaysia. Wajah mereka masih seperti mula-mula memasuki dalam bidang hiburan tetap cantik, anggun dan penting muda. Itu yang Awet Muda.

Hiburan Sat, 28 Dec 2019
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Calum Scott Sways the Crowd Away with 3 Heart Melting Hit Songs

It was the man with a voice of an angel’s first visit to Malaysia!

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Fasha Sandha Mengandung Lagi?

Betul Ke Fasha Sandha Mengandung?

Hiburan Mon, 21 Jun 2021

Terokai Keindahan Karya Orkestra Tempatan Bersama MPO!

Peminat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO), anda kini boleh menikmati karya muzik orkestra yang indah daripada komposer-komposer tempatan! MPO kini menjalin kolaborasi bersama Persatuan Komposer Kolektif (Malaysian Composers Collective – MCC) dalam […]

Featured Wed, 16 Mar 2022