Hiburan By: Fatin Nurain March 17, 2023 @ 2:00pm

Lalui Pengalaman Yang Berbeza, Neelofa Kongsi Tips Pergi Umrah Bawa Anak

Selebriti Neelofa tampil berkongsi tips menunaikan umrah bersama si kecil selepas dihujani pelbagai pertanyaan sepanjang menjalani umrah tersebut, beberapa minggu lalu.

Menurut Neelofa, dia melalui pengalaman berbeza ketika menunaikan umrah bulan lalu apabila membawa bersama putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris yang genap usia setahun, mengerjakan ibadah itu.

Malah, dirinya perlu menumpukan perhatian kepada banyak perkara terutamanya keperluan anak selain memastikan rukun umrah terjaga serta merancang perjalanan dan aktiviti sepanjang berada di Tanah Suci dengan terperinci.

“Ramai pengikut hantar mesej langsung bertanya mengenai bagaimana hendak membawa anak menunaikan umrah.

“Banyak perkara yang kena disediakan iaitu daripada segi ubat-ubatan dan makanan selain persediaan menghadapi peralihan waktu tidur dan sebagainya.

“Pengalaman mengerjakan umrah kali ini berbeza. Dahulu, kita boleh fokus dengan ibadat, kali ini, perlu beri tumpuan kepada suami, anak dan pembantu yang menjaga Bilal.

“Memang banyak perkara yang saya kena fikir, bukan mudah sebenarnya. Alhamdulillah, Bilal tidak banyak menangis dan senang menyesuaikan diri dengan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut mengakui naluri keibuannya tersentuh setiap kali berdoa mengenai zuriat sepanjang berada di Tanah Suci.

“Banyak yang saya doa. Namun, kali ini, perbezaan sangat dirasai. Sebelum ini, saya tidak pernah rasa begini.

“Kalau kita melakukan tawaf, ada doa yang kita mahu beri tumpuan khusus. Jadi, ketika mengerjakan tawaf, saya khususkan untuk anak.

“Rasanya sangat berbeza apabila kita berdoa sebagai seorang ibu. Pengalaman ini berlainan jika kita berdoa untuk keluarga, perniagaan dan sebagainya.

“Ketika berdoa mengenai anak, saya sebak dan tersentuh. Jujurnya, doa untuk zuriat ketika menunaikan umrah beri rasa yang berbeza,” katanya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Raya 2023 Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Terdahulu, Neelofa juga mengakui ibadah umrahnya kali ini sedikit mencabar kerana dirinya kini sedang hamil anak kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Umum Hamil Anak Kedua

Malah, usahawan terkenal itu juga mengakui pengalaman menempuh ‘jetlag’ sekembalinya ke tanah air, cukup berbeza apabila berbadan dua.

“Ia sangat memberi kesan di mana saya ambil masa yang lama untuk pulih daripada ‘jetleg’ berbanding ketika diri tidak hamil,” katanya.

Sementara itu, Neelofa bersyukur permata hatinya itu tidak banyak meragam biarpun bakalmendapat adik

“Bilal okay sahaja sebab dia makin membesar dan kenal orang. Saya fikir ia hanya teori apabila orang kata, anak pertama akan meragam bila hendak mendapat adik. Alhamdulillah, semuanya okay sahaja,” katanya.

Daripada segi persediaan menimang cahaya mata kedua, Neelofa mengakui tidak banyak yang perlu disediakan berikutan barangan keperluan bayi ketika melahirkan Bilal, masih boleh digunakan semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Hormat Privasi Kakak, Neelofa Enggan Buka Mulut Isu Rumah Tangga Nabila

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Trending Fri, 21 Dec 2018

Wanita Ini Kongsi Bagaimana Seorang ‘Perempuan Baik’ Hampir Berjaya Suruh Anaknya Seludup Dadah!

Anda mungkin takkan sangka yang ia boleh berlaku kepada diri anda.

Hiburan Wed, 18 Mar 2020
Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

Dokumentari Khas Majalah 3 ‘Tragedi Di Batang Kali’ Bakal Bersiaran 26 Disember Ini

Majalah 3, siri dokumentari popular Malaysia bakal memaparkan dokumentari khas tragedi cerun runtuh di Batang Kali yang melibatkan 92 mangsa. Penerbit Kanan Majalah 3 dan juga merangkap wartawan lokasi, Christine Lee dan jurukamera, Mohd Zahril

Trending Mon, 5 Apr 2021
Events Tue, 24 Apr 2018

‘Nervous’ Pertama Kali Keluar Mengundi? Baca ini…

Tak ke rugi tu? Bukan main awal korang bangun, beratur, bila sampai je kertas undi ikat tangan korang, dipangkahnya semua nama calon. Ha ha ha… jangan begini ya kawan! Pangkah undi dengan berhemah.

| Live TV