Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 24, 2023 @ 4:41pm

Puteri Sarah Kini Lebih Tenang, Anggap Kewujudan Mastura 2.0 Sebagai Bahan Gelak Netizen – “Pada Mastura Sudahlah Tu! You Pun Boleh Berdamai Dengan Takdir”

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengaku kehidupannya kini jauh lebih tenang walaupun semakin sibuk dengan kerjaya lakonan dan perniagaan yang dijalankan.

Namun, menerusi temu bual bersama mStar, aktres berusia 38 tahun itu sempat berkongsi mengenai perihal individu yang bergelar Mastura yang didakwa masih menganggu kehidupannya termasuklah rakan kongsinya yang juga pelakon popular Indonesia, Andi Arsyil.

“Nama Mastura ni famous tau. Famous sangat nama ni. Siapa disebalik Mastura tu?Aactually kami dah ada beberapa suspek dan saya dah buat report dah… dan saya tahu daripada mana termasuklah dia (Mastura) text dekat mana.

“Sebab lepas apa yang berlaku terhadap saya, saya dah malas tau sebenarnya nak ambil pusing pasal ni. Ye, memang netizen semua cakap kenapa Sarah tak report polis dan sebagainya tapi sebenarnya saya dah buat dah semuanya.

“Kalau nak tahu, Andi pun pernah menerima gangguan dan tak pasti adakah Mastura atau orang lain, dia hantar mesej dengan memburuk-burukkan saya,” katanya.

Disoal mengenai tindakan lanjut yang sepatutnya diambil oleh aktres itu, Sarah memaklumkan, dia telahpun membuat laporan polis berkenaan gangguan tersebut.

Selain itu, dia juga menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih berat sekiranya individu tersebut melakukan perkara di luar batasan sehingga mengancam nyawanya dan anak-anak.

“Orang gila macam ni kita tak payah layan. Kau orang tengok sekarang saya tengah busy dengan busines, ulang-alik Jakarta and I dont have time lagi-lagi dengan anak-anak. Kalau dulu saya jenis yang akan fight, cari sampai ke lubang cacing tapi sekarang ni saya dah makin belajar dan berdamai dengan takdir, makin tenang dan saya rasa setakat ni saya masih boleh control.

“Tapi, kalau memang dah out of control, sampai mengancam nyawa saya dan anak-anak, ye! memang saya akan bertindak seperti Puteri Sarah yang dulu.

“Dan, siapakah gerangan Mastura ni? Saya rasa dia macam hiburan buat saya dan netizen,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sarah turut mendedahkan antara gangguan yang diterima oleh individu bergelar Mastura 2.0.

“Macam baru-baru ni saya ada buat tutorial, cuci muka apa semau kan…baru masuk dua minit je video tu tiba-tiba muncul Mastura 2.0 dan sekarang ni dia menjadi bahan ketawa semua netizen.

“Tak silap saya dia ni pernah kacau orang lain juga tapi saya tak sure kesahihan dia tapi dia ni pernah dulu komen dia kata pernah baca dokumen saman saya yang saya bagi terhadap belah sana (Ira Kazar). Siapa tu kan? Kami bukan bodoh (Sarah dan netizen) bila dia dah start cakap macam tu kita dah mula tahu siapa orang tu.

“Tapi kita have fun with it. Dia boleh jadi perempuan, dia boleh jadi lelaki.

“Jadi, pada Mastura 2.0 sudah-sudahlah tu. Saya rasa kalau saya boleh berdamai dengan takdir, you pun boleh berdamai dengan takdir.Supaya hidup you tenang. You kena positif selalu,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Aya Amiruddin Kesal Wajah Dikritik, Disamakan Dengan Rohingya

Aya Amiruddin meluahkan rasa kesal apabila menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan rupa parasnya

Featured Mon, 19 Mar 2018

Pilih Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Puteri Sulung. Tahniah!

Tanggal 19 March 2018 menjadi detik bahagia buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Featured Sun, 29 Jun 2025

Shatirah Amanda Tampil Dengan Karya Peribadi, Tonjol Vokal Unik Dalam ‘Kasih Tersayang’

Menjelang usia kematangan 25 tahun, penyanyi dan pelakon muda berbakat, Shatirah Amanda, tampil dengan sebuah karya peribadi penuh makna berjudul’Kasih Tersayang’ . Lagu ini bukan sahaja menyerlahkan sisi vokal lembut dan bertenaga Amanda, malah memperlihatkan […]

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini

Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024

Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah 

Ibu bapa Zayn mengaku tidak bersalah

error: Content is protected !!