Hiburan By: Padin August 9, 2023 @ 1:08pm

Dapat 4 Yes Di America’s Got Talent, Cakra Khan Tak Lupa Peminat Malaysia.. Bakal Gegar Zepp KL 17 September Ini!

Ketika namanya semakin hangat diperkatakan susulan keampuhan persembahannya pada sesi uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023, penyanyi asal Indonesia, Cakra Khan terus ligat menyusun pelbagai agenda besar untuk memantapkan perjalanan kerjaya seninya.

Pada sesi uji bakat yang disiarkan 18 Julai lalu, Cakra, 31, memukau juri program realiti popular itu menerusi persembahannya membawakan lagu, Make It Rain yang dipopularkan Ed Sheeran dan No Woman, No Cry nyanyian asal Bob Marley.

Kemantapan vokalnya yang memiliki karakter sendiri ketika membawakan kedua-dua lagu pada sesi uji bakat itu melayakkan penyanyi kelahiran Pangandaran, Jawa Barat tersebut memperoleh empat ‘Yes’ daripada barisan juri.

Keunikan vokal Cakra turut menuai pujian daripada juri digeruni ramai, Simon Cowell yang mengakui, kagum dengan bakat luar biasa penyanyi berkenaan, sekali gus membuka ruang selesa untuk dirinya melangkah ke babak persaingan seterusnya.

Pencapaian besar itu kata Cakra atau nama lengkapnya, Cakra Konta Paryaman tidak mungkin digapai tanpa sokongan semua, terutama sekali peminat yang sentiasa mempercayai kemampuannya.

Meskipun ruang untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa semakin luas terbuka, Cakra tidak sesekali melupakan peminat di rantau Nusantara yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatannya.

Menghargai sokongan yang diberikan, Cakra mengotakan janji dengan kembali ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan konsert, Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dalam memenuhi rangka Dream Festival Collaboration Vol. 4.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023, penyanyi yang memiliki karisma tersendiri itu akan memukau para penggemar dengan penampilan spektakular membawakan himpunan lagu popularnya.

Konsert itu juga bakal membawa peminat menelusuri perjalanan kerjaya nyanyian Cakra selama lebih sedekad, bermula dengan single perdana, Harus Terpisah yang pantas melonjakkan popularitinya di Indonesia dan Malaysia sejak 2012.

Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri atau mesra disapa Anda berkata, acara itu menjanjikan hiburan luar biasa menerusi persembahan istimewa Cakra bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.

“Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4, sekali gus membawa penonton merentasi magis perjalanan hiburan yang tidak terlupakan.

“Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan jitu kepada penggemarnya,” katanya.

Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com bermula 15 Julai 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

“Panggil Saya Lola” – Wan Sharmila

Lala ke Lola ke, dua-dua pun comel!

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Azira Shafinaz Menemui Jodoh Tetapi….

Azira Shafinaz akui sering ditanya soal kahwin.

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pernah Dihina Hidup Susah, Madammu Jadi Inspirasi Warganet Untuk Berjaya – “Dia Ni Anak Terbiar!”

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu tular di media sosial kerana berkongsi kisah perjalanan hidupnya ketika susah dahulu. Madammu memberitahu tidak mudah untuk dia mencapai kejayaan sehingga berada di tahap yang sebegini […]

Featured Fri, 3 Sep 2021

Ramai Tak Jujur, Neelofa Cadang Letak Foto Di Sijil Vaksinasi

Berikutan timbul pelbagai kes mengenai anti-vaksin dan sindiket penjualan sijil vaksin palsu baru-baru ini, selebriti popular Neelofa mengemukakan cadangan agar foto pengguna diletakkan di sijil vaksin individu yang telah lengkap dua dos. Neelofa mengutarakan cadangan […]