Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 18, 2023 @ 10:50pm

[VIDEO] Sweet! Shuib Usik Tunang Kekok Pegang Mikrofon Ketika Ditemu Bual, Netizen Puji Kecomelan Watie

Tular sebuah hantaran video pelawak Shuib dan tunangnya, Watie Hanifiah menjadi tetamu dalam sebuah rancangan bual bicara.

@mymeletop #Watie okay ke tu pegang mic tu? 🎤 Jenuh @Shuib Sepahtu minta maaf 😂🤣 #meletop #shuibwatie ♬ original sound – MeleTOP

Menerusi video tersebut, Watie beberapa kali tersalah memegang mikrofon.

Perkara itu membuatkan Shuib berkali-kali mengingatkan tunangnya untuk meletakkan mikrofon di mulut.

Aksi Watie yang sering terlupa dia memang mikrofon itu turut menjadi bahan usikan Nabil Ahmad selaku hos rancangan terbabit.

“Orang baru, minta maaf ye. Nanti lama-lama biasalah..,” seloroh Shuib.

Apa yang lebih lucu adalah apabila kali ketiga Shuib menegur keadaan mikrofon yang tersasar, pelawak itu meminta maaf sambil bergurau.

“Rosak majlis saya nanti,” seloroh Shuib.

Menjengah ruangan komen, netizen juga turut terhibur melihat aksi Watie yang kekok memegang mikrofon itu biarpun berkali-kali ditegur oleh Shuib.

“Sekarang hampa faham tak kenapa Shuib pilih dia, comel weh.

“Biasalah kalau bercakap tu tangan pun merayap.

“Jenis ni kena pakai mic clip je. Orang baru biasalah nervous tak boleh control lagi mic cara cakap semua.

“Penat juga tu asyik nak betulkan mic je,” komen netizen.

Kehadiran Shuib dan Watie ke rancangan tersebut merupakan kemunculan pertama mereka berdua di kaca televisyen dan juga turut disertai oleh anak-anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Untuk info, Shuib dan Watie bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Sweet! Tular Video Andi Arsyil Tersipu Malu ‘Wish’ Birthday Puteri Sarah

Merah merah muka Andi Arsyil wish birthday Puteri Sarah ya

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ain Edruce Kini Tunangan Hafiz

Selamat bertunang Ain & Hafiz, comel je tengok gelagat dorang ni tau!

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Tue, 27 May 2025
Hiburan Tue, 26 Nov 2019

Potong Rambut Dewi Watak ‘Johanna’, Cayalah Ayda Jebat!

Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini!

Kisah Viral Thu, 10 Nov 2022

Kesal Isu Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Selama 7 Hari, Menteri Pengangkutan Jelas Perkara Sebenar

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa kesal dan kecewa ekoran penutupan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya selama tujuh hari bermula pagi Rabu, 9 November 2022. Beliau memohon maaf kepada orang […]

Featured Tue, 17 Dec 2024
Trending Mon, 22 Aug 2022

REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.

error: Content is protected !!