Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 6:20am

The Gadys Lancarkan Single Terbaharu Bullseye

Kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh Aznie, Ayunie, dan Thamiera, kembali menggegarkan industri muzik tempatan dengan melancarkan single terbaharu mereka berjudul Bullseye.

Lagu ini memaparkan sisi segar dan dinamik kumpulan ini, serta mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia muzik tanah air.

Bullseye yang dihasilkan oleh Romeo dan Shane Kennedy, merupakan sebuah lagu yang sarat dengan semangat dan keyakinan. Lagu ini menggambarkan usaha gigih untuk mencapai sasaran hidup tanpa berputus asa, seiring dengan perjalanan The Gadys yang penuh cabaran.

Romeo dan Shane Kennedy juga merupakan duo yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan beberapa lagu popular The Gadys seperti Cuti Raya dan Gagal Cinta.

Menurut Aznie, wakil daripada The Gadys, Bullseye melambangkan fokus dan tekad kumpulan ini dalam mengejar impian mereka dalam kerjaya seni.

“Macam kita tengah main dart, nak kena tepat di tengah-tengah bullseye itu. Kalau tak kena pun, kita takkan mengalah, sebaliknya terus mencuba. Lagu ini simbolik kepada usaha dan kesungguhan dalam mengejar apa yang kita nak capai,” katanya.

Aznie juga menambah bahawa lagu ini memberi peringatan untuk tidak terpengaruh dengan suara-suara negatif, dan untuk terus percaya pada diri sendiri jika mahu maju ke hadapan.

Dengan irama pop moden yang diperkaya dengan elemen elektronik, Bullseye menawarkan pengalaman muzik yang menghiburkan dan memberi inspirasi kepada pendengar.

Ayunie pula berkongsi bahawa mereka ingin menghasilkan lagu yang bukan sahaja menghibur, tetapi juga menyampaikan mesej tentang pentingnya mempercayai diri sendiri.

“Proses rakaman lagu ni memang seronok, tapi ada cabarannya. Ini adalah kali pertama kami menyanyikan lagu pop yang begitu rancak. Namun, dengan bantuan cikgu vokal kami, Cikgu Delly, dan penerbit Karazey, semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Ayunie menambah bahawa lagu ini merupakan simbol perjuangan dan keberanian untuk meraih impian, tidak kira apa pun cabarannya.

Berkongsi tentang muzik video (MV) lagu ini, Thamiera berkata, penggambaran MV Bullseye diarahkan oleh seorang pengarah kreatif berbakat.

“Setiap warna dan elemen dalam MV ini mempunyai maksud tersendiri, mewakili perjalanan dan personaliti kami. Kami mahu memastikan setiap set ada cerita dan simbolik, namun tetap berkait dengan tema utama iaitu fokus dan mencapai ‘Bullseye’ dalam hidup,” jelas Thamiera.

Kumpulan The Gadys berharap agar peminat mereka dapat menghayati semangat perjuangan dan keyakinan yang terkandung dalam lagu ini, sambil terus memberi sokongan kepada perjalanan muzik mereka.

Proses penggambaran MV ini sangat mencabar, tetapi penuh dengan momen-momen yang tak boleh dilupakan, dengan fokus untuk menyampaikan ‘vibe’ lagu yang penuh energi dan mesej yang kuat.

Lagu Bullseye kini boleh didengar di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Alhamdulillah, Paling Win!” – Buat Trend Swipe Versi Selawat, Ramai Puji Aniq Suhair

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon Aniq Suhair yang sering kali membuat peminat tak keruan melihat ketampanannya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Aniq di laman TikTok dimana dia mengikuti trend terkini […]

Trending Fri, 23 Mar 2018

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

Naz Rahman Terkejut Showcase Kerabat R&B Malaya Terima Sambutan Luar Biasa

Korang kena dapatkan mini album yang menggabungkan beberapa kumpulan penyanyi R&B tanah air tak lama lagi, sure gempak punya!

Featured Tue, 31 Mar 2026

Tak Halang Anak Kahwin Usia Muda, Abby Abadi Mohon Jangan Libatkan Diri Dalam Hubungan Orang Lain – “Faham Dulu Makna Tanggungjawab”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menegaskan dia tidak menghalangnya anaknya untuk berkahwin pada usia muda namun perlu memahami makna tanggungjawab selain tidak melibatkan diri dalam hubungan orang lain.

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tipulah Kalau Tak Sedih…Isma Mengaku Bukan Lagi Isteri Zul 2 By 2

Isma yang kini menyanyi di sebuah restoran di Putrajaya memberitahu soal kesetiaan antara sebab dirinya tidak lagi mahu bersama lelaki terbabit.

Hiburan Thu, 30 May 2019

Nubhan Teruja Nak Raya Dengan Baby Baru

Nubhan teruja menyambut Aidilfitri tahun ini dengan kehadiran anak keduanya, Ahmad Aaffan yang lahir pada Januari lalu.

Featured Thu, 21 Jul 2022

Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Fuhhh 🙌🏻✨ Kuat sungguh Puteri Sarah ni 💪🏻Meski rumah tangga dilanda badai tapi tetap kiat menempuhinya 🥹😭 Moga lepasni semua beringat ya sebelum mengeluarkan kata-kata 😌

error: Content is protected !!