Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 24, 2019 @ 10:18am

Naz Rahman Terkejut Showcase Kerabat R&B Malaya Terima Sambutan Luar Biasa

Mungkin ramai yang tidak tahu, pengacara yang mengendali travelog Jalan Jalan Cari Makan, Naz Rahman berkebolehan dalam bidang nyanyian.

Akui Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman, dia mula aktif sebagai penyanyi sejak dari bangku sekolah lagi dan kini menganggotai kumpulan R&B, Soul Street.

Lebih menarik, kumpulan ini turut dianggotai oleh penyanyi berpengalaman antaranya Damian VE, Fariz Azlan, Redzuan Rashid dan Allen Wong.

Baru sahaja tampil di showcase Kerabat R&B Malaya pada 13 Januari lalu di sebuah hotel terkemuka, Naz terkejut apabila mereka menerima sambutan luar biasa.

“ Secara jujur, saya memang terkejut. Melihat sambutan luar biasa yang kami terima di Showcase Kerabat R&B Malaya, saya dapat rasakan pendengar ‘kehausan’ dengan genre sebegini.

“ Bukan apa, pendengar terlalu disajikan dengan lagu-lagu berentak pop dan balada. Saya pasti bagi yang lahir pada 80 an sehingga awal 90 an, mereka amat rindukan era kegemilangan R&B,” katanya kepada XTRA.

Tambah Naz, dia cukup terharu selepas melihat penonton yang datang sanggup membawa anak dan isteri di showcase yang turut menampilkan beberapa kumpulan R&B tanah air.

“ Pada awalnya, saya sendiri bimbang jika sambutan hambar tetapi saya silap. Pengaruh muzik R&B di Malaysia masih kuat dan penerimaan cukup luar biasa.

“ Sebagai pencinta muzik R&B, saya sendiri merindui lagu-lagu popular yang dibawa oleh kumpulan Innuendo dan VE,” katanya.

Menceritakan keistimewaan Soul Street, Naz memberitahu setiap anggota memiliki teknik suara tersendiri dan diwakili beberapa kaum.

“ We’re united by music, united by R&B. Kami kuat walaupun berbeza bangsa. Faktor ini membuatkan kami istimewa dari yang lain.

“ Dalam masa sama, kami merancang untuk menghasilkan album kompilasi yang menggabungkan beberapa kumpulan R&B tanah air tidak lama lagi. Jika tiada aral, album berkenaan bakal berada di pasaran pada April depan. Insya Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Naz memaklumkan kesemua lagu nyanyian Soul Street diinspirasikan dari muzik R&B antarabangsa seperti Brian Mcknight dan John Legend. Pendek kata kualitinya bakal setanding muzik luar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Tue, 4 Mar 2025

“Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi” – Uqasha Senrose Geram Wajah Anak Dipersoal

Mengaku laporan itu memberi impak buat dirinya, Uqasha berharap agar berita yang ditulis haruslah tepat dan masuk akal

Featured Fri, 17 Oct 2025

“Selamat Tinggal” – Hantaran Meerqeen Cetus Tanda Tanya, Peminat Luah Rasa Risau

Meerqeen menyorot perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dia tidak akan aktif buat seketika dan…

Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Bella Dally Kini Sah Jadi Milik Arif Izuddin

Tahniah Bella & Arif, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah!

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Nadia Brian Dilamar Di Kota Paris, Romantiknya!

Jika betul bagai apa dikata, Selamat Pengantin Baru Nadia Brian!

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

error: Content is protected !!