Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 3, 2023 @ 6:07pm

Setahun Tertunggak, Keluarga Hamid Gurkha Tuntut RM10,000 – “Dah Hubungi Tapi Mereka Diam Saja”

Keluarga kepada pelakon dan pelawak, Allahyarham Hamid Gurkha mendakwa sebuah stesen televisyen swasta masih belum menerima bayaran berjumlah RM10,000 yang tertunggak sejak tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, anak ketujuh Allahyarham, Nor Azian memaklumkan bapanya diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang telah berlangsung pada 29 Mei 2022 dan menerima wang sebanyak RM10,000.

“Sebulan selepas itu, bapa meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu. Sebenarnya selepas program itu berakhir, kami tunggu duit masuk tapi sehinggalah dia meninggal dunia pun tiada juga. Kami pun macam dah terlupa berkenaan duit itu.

“Kemudian emak ingatkan hal ini dan saya hubungi produksi AME2021 dan diberitahu wang itu ada, namun kami perlu berikan dokumen kematian dan sebagainya.

“Saya berhubung dengan wakil produksi bernama Lala yang banyak membantu. Saya bagi dokumen ini yang diserahkan kepada Jabatan Kewangan dan Undang-Undang, tapi selepas itu mereka diam saja,” jelasnya kepada Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Azian turut menghubungi mereka semula untuk memberitahu bahawa wang tersebut perlu difaraidkan kerana sudah menjadi harta pusaka.

“Saya tanya mereka apa perlu kami buat dan mereka kata mahukan surat. Sebenarnya kami dah berbincang adik-beradik dan bercadang nak beri wang ini sepenuhnya kepada emak sebagai tanda kasih sayang.

“Kami tak bercadang nak ambil duit itu dan buat surat kasih sayang mengatakan nak beri kepada emak.

“Selepas buat dan hantar, mereka diam juga.

“Kemudian Jabatan Undang-Undang beritahu Lala, dokumen ini tak diterima kerana tiada pengesahan mahkamah. Saya seterusnya rujuk kepada pejabat agama dan tanya apa yang perlu dibuat dalam tuntutan faraid,” ujarnya.

Kata Azian lagi, dia dimaklumkan isu ini tidak sukar apabila semua adik beradik sudah bersetuju dan buat surat kemudian pihak sana menyatakan perlu menggunakan peguam pula.

“Kemudian mereka sekali lagi kata kena ambil peguam pula. Bagi saya, takkan perkara ini nak kena guna peguam. Agak rumit nak bayar peguam lagi sedangkan wang yang dituntut cuma RM10,000. Kakitangan mahkamah yang kami jumpa pun tak galakkan kami guna peguam dan minta kami angkat sumpah.

“Saya dah ambil nama adik beradik, manakala kakak kedua uruskan angkat sumpah kerana yang sulung dah meninggal dunia. Jadi dia uruskan hantar kepada mereka,” katanya.

Namun, masalah berterusan apabila pihak yang terlibat masih mendiamkan diri.

“Saya masih tunggu keputusan ini sekarang. Kasihan dengan mak dan arwah bapa kerana perkara yang tak selesai ini. Emak sampai bertanya ada atau tiada? Kalau tiada cakaplah tiada, tak payahlah kita nak pening-pening.

“Emak dah lebih 80 tahun, jadi banyaklah dia fikir nak guna duit itu untuk buat kenduri dan sebagainya. Bukan nak cakap Astro tak nak bayar, tapi kalau boleh, kami minta percepatkan proses itu.

“Kami bukan nak doa, tapi berapa lama lagi dia nak hidup. Entah sempat atau tidak dia nak rasa duit itu. Kalau dia tiada lagi susah nak selesaikan benda ini,” katanya.

Tambahnya, jika perkara sebegini masih memerlukan khidmat peguam, mereka terpaksa melupakan sahaja kerana mereka tidak mempunyai kewangan yang banyak.

“Kami bukan orang berada untuk bayar kos peguam. Kami akan anggap sagu hati yang nak diberikan itu hanya kata-kata. Ia macam tak ikhlas nak bagi,” luahnya lagi.

Susulan itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh memaklumkan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada pasukan AME dan penerbit serta akan memberi penjelasan dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

张敬轩427登云顶开唱!冧歌「轩」动人心

时隔三年,张敬轩4月27日再登云顶开唱,让大马乐迷感受「轩式」情歌的魔力!

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Trending Sun, 11 Sep 2022
Trending Tue, 14 May 2019

Suami Kongsi Kisah Bila Si Isteri Kena ‘Try’ Dalam Pesawat Air Asia

Untuk jejaka itu, kalau anda sedang membaca artikel ini, kami doakan anda bertemu jodoh dalam masa terdekat.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

BTS’ New Album Reaches #1 Even Before Its Release

Damn, these boys know how to break records.

Hiburan Wed, 15 May 2024
Hiburan Fri, 7 Feb 2020

Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Tengok gambar pun dah sweet, inikan pulak cerita dia!

error: Content is protected !!