Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 7, 2024 @ 2:30pm

[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Gelagat Datuk Red Live Bersama Adira Suhaimi – “Kan Bagus Begini Dari Dulu, Sama-Sama Cari Duit”

Tular di media sosial gelagat penyanyi Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular itu, Adira dan Datuk Red sedang bersiaran langsung (Live) di TikTok bagi menjual barangan mereka.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah gelagat Datuk Red yang teruja dan gembira melihat jumlah penonton live sehingga menyentuh bahu Adira.

Terkejut dengan tindakan spontan Datuk Red itu, Adira memberi teguran kepada suaminya itu agar tidak menyentuhnya ketika sesi live itu berjalan sebaliknya fokus menjual.

“Jangan sentuh saya, kita menjual dulu okay?,” ujar Adira kepada Datuk Red.

Tidak terhenti di situ, reaksi Adira menyalam tangan Datuk Red juga mencuri perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa senang melihat gelagat-gelagat pasangan suami isteri ini biarpun sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Rata-ratanya terhibur apabila menyifatkan Datuk Red juga seorang yang kelakar. Malah ramai juga mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan.

adira suhaimi adira suhaimi

Terdahulu, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan pnggilan Datuk Red pada 25 November lalu.

Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Nov 2025
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selamat Timang Anak Keempat, Tahniah Buat Yatt Hamzah!

Tak sabar nak tengok Yatt Junior..

Featured Mon, 3 Sep 2018

Selepas Menteri Kewangan Mengambil Tindakan, Tiada lagi Cukai 6% Untuk Kad Tambah Nilai Prabayar

Bolehlah tarik nafas lega bagi anda yang selalu tambah nilai prabayar!

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Thu, 25 Apr 2024

Kakak Meninggal Secara Mengejut, Kaka Azraff Ambil Alih Jaga 4 Orang Anak Saudara – “Saya Langsung Tidak Mahu Sambut Raya Tahun Ini”

Sebaknya! Hanya yang kehilangan insan tersayang je faham perasaan tu😪. Moga Allah mengangkat darjat Kaka. Al-Fatihah

Trending Sun, 10 Apr 2022
error: Content is protected !!