Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 19, 2025 @ 12:06pm

Terbabit 3 Kes D*dah, Aditya Zoni Titip Sokongan Buat Ammar Zoni – “Salah Tetap Salah Tapi…”

Pelakon Indonesia, Aditya Zoni tampil memberi sokongan penuh kepada abangnya, Ammar Zoni, yang kini dipenjara selepas terbabit dalam tiga kes berkaitan dadah.

Kata Aditya atau nama lengkapnya Muhammad Aditya Warman, 25, dia mendoakan agar Ammar berada dalam keadaan baik memandangkan dia  tidak mengetahui tempoh penahanan abangnya itu.

Bagaimanapun, dia dan keluarga sentiasa memberikan sokongan terhadap Ammar.

“Doakan ada berita baik buatnya. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengannya. Kali terakhir sekitar dua bulan lalu, sebelum dia dipindahkan ke penjara berbeza.

“Seperti yang saya katakan kepada media di Indonesia, apabila seseorang terbabit dalam penggunaan bahan terlarang, di mana-mana negara sekalipun, rehabilitasi tetap perlu ditempuh. Kesalahan perlu dihukum dan mereka juga perlu diubat

“Kami selalu menyokong Ammar dan walau apa pun terjadi, saudara harus saling menyokong saudara sendiri.

“Salah tetap salah tapi perkara itu juga harus diubati,” katanya.

Aditya berkata demikian usai ditemui pada malam tayangan Filem Menjelang Maghrib 2 : Wanita Yang Dirantai di TGV One Utama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aditya menjelaskan, konflik yang menimpa Ammar sedikit pun tidak mengganggu karier lakonannya.

“Apapun yang berlaku, kami tetap adik beradik dan kami akan tetap menyokong antara satu sama lain.

“Lagipun, banyak perkara sudah berlaku dalam keluarga kami. Doakan ada berita baik untuknya.

“Kali terakhir jumpa dua bulan lalu, sudah kurus mukanya tapi alhamdulilah dia baik-baik sahaja,” jelasnya.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan Ammar sudah tiga kali didapati terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah.

Terbaharu, dia dilaporkan kembali berurusan dengan bahan terlarang dan ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti menjual dadah ketika masih berada dalam tahanan.

Berkongsi perkembangan terkininya pula, Aditya mengakui teruja dapat bersama-sama penonton Malaysia menyaksikan Filem Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai.

“Sambutan di Indonesia sangat baik, jadi saya berharap ia mendapat penerimaan sama di Malaysia kerana masyarakat di sini juga gemar menonton filem seram.

“Tetapi apa yang kami tawarkan bukan sekadar seram klasik, sebaliknya ada elemen budaya dan nilai moral,” ujarnya.

Sekadar info, Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai mengangkat kisah amalan pasung, iaitu kepercayaan turun-temurun sebagai kaedah rawatan gangguan mental.

Selain Aditya, filem itu turut dibintangi Ajeng Fauziah, Muthia Datau, Aisha Kastolan dan Aurelia Lourdes, dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 November 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Henti Promosi Produk Kesihatan, Fattah Tak Mahu Lagi Tipu Peminat

Universal Music, bersama pihak peguam akan terus memantau dan berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap MRP International dan beberapa klien lain yang telah menandatangi kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah Amin sebelum ini.

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

“Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

Intan bagaimanapun meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki.

Featured Tue, 26 Nov 2024

Menangis Hingga Basah Skrip, Amir Ahnaf Belum Puas…

Amir juga menganggap naskah ini sebagai karya masterpiece.

Fab Foodies! Mon, 17 Mar 2025

[Muzik Video] Mak Anak Tiga Kongsi Cara Jadikan Hari Raya Lebih Ceria Dengan Fanta Resipi!

Raya dah dekat… korang dah tahu ke apa nak buat pada tahun ini agar sambutannya lebih meriah? Bukan apa, makan kuih raya, lemang, ketupat dan rendang dah terlalu mainstream. So, jom kita dengar perkongsian dari […]

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

#SFMM38: “Penggantian Penyanyi Lagu Astana Di Luar Pengetahuan Saya” – Ernie Zakri

Jika perkara ini berterusan, saya dan tiga lagi komposer berhak menarik diri daripada SFMM38 – Ernie Zakri

Trending Mon, 5 Apr 2021

KKM Akan Tentukan Jika Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Dibenarkan

Mari sama-sama kita berdoa dan putuskan rantaian Covid-19

error: Content is protected !!