Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 9, 2025 @ 7:30pm

Pernah Dilabel Penyondol, Rossa Sera Pilih Kunci Mulut Isu Rumah Tangga Shuk Sahar & Fara Salleh -“Apa Yang Mereka Buat Tiada Kaitan Dengan Saya”

“Harap semua faham, saya perlu jaga hati suami dan anak-anak”.

Demikian respons bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera apabila pernah dilabel sebagai penyondol gara-gara berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang sebelum ini.

Katanya, konflik yang timbul antara Shuk dan Fara Salleh berhubung isu anak mahupun nafkah yang diberikan tidak ada kena mengena dalam kehidupannya kini apatah lagi dia kini mahu menjaga hati suami barunya itu.

“Saya dah ada suami dan anak. Apa yang mereka buat tiada kaitan dengan saya.

“Harap semua faham, saya perlu jaga hati suami dan anak-anak.

“Jadi jangan tulis atau hantar komen negatif kepada saya,”katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, konflik rumah tangga antara Shuk dan Fara kembali hangat diperkatakan selepas kedua-duanya saling berbalas hantaran di media sosial.

Malah, tuduhan Fara yang mengatakan Shuk culas menjalankan tanggungjawab termasuk menegur sikap keluarga mentuanya mengundang rasa kurang senang pelawak itu.

Enggan berdiam diri, Shuk akhirnya tampil mempertahankan dirinya sekaligus mendedahkan beberapa bukti berupa jumlah wang yang dikirimkan kepada Fara.

ARTIKEL BERKAITAN:Status Bapa Dipersoal, Shuk Sahar Tampil Bersuara! – “Macam Mana Nak Azankan? Tarikh Lahir Pun Tak Ada Siapa Bagitahu”

ARTIKEL  BERKAITAN:Fara Salleh ‘Meroyan’ Titip Pesanan Buat Keluarga Mentua – “Perut Aku Kena Siat 7 Lapis Pun Kau Tak Nak Tengok Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

ARTIKEL BERKAITAN:Bongkar Bukti Perbualan, Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar ‘Langgan’ Wanita?

Sekadar info, Shuk dan Rossa Sera  pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 22 Mac 2023.

Namun, Shuk kembali mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya, Fara Salleh pada November tahun yang sama di Thailand.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 May 2025

Buat Veneer, Pakai ‘Contact Lens’ Berwarna… Puteri Balqis Dikritik Selekeh? Peminat Tampil Pertahankan

Puteri Balqis dikritik selekeh sebab buat veneer, warna contact lens tak sesuai

Hiburan Fri, 7 Feb 2020

Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Tengok gambar pun dah sweet, inikan pulak cerita dia!

Featured Fri, 27 Mar 2020
Hiburan Sat, 7 Sep 2019

不老男团草蜢再次跳上云星剧场!带来第二季《17385》

不老男团再次跳上云星剧场!带来草蜢《17385世界巡回演唱会–云顶站》第二季,继续为粉丝带来一场精彩无比的视听享受。

Trending Mon, 5 Mar 2018

‘Tak Ada Masalah Terima Cinta Baru. Tapi, Kalau Boleh..’ – Hafiz Hamidun

Empat bulan sudah bergelar duda, kini Hafiz Hamidun akui bukan mudah untuk melalui proses kehidupan seharian. Lumrah bagi semua orang, perasaan sunyi pasti ada lagi-lagi apabila melihat orang lain sudah berkahwin dan hidup bahagia.

Featured Mon, 18 Dec 2023

Aina Abdul Mahu Perkukuh Kedudukan Sebelum Ke Luar Negara

Moga impian Aina termakbul dan dapatkan harumkan nama Malaysia macam TokTi❤️

Events Mon, 24 Feb 2025

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

“ Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!”- Sherry Alhadad

error: Content is protected !!