Featured By: Halimey Zamal November 9, 2022 @ 6:00pm

Pernah Dihina Hidup Susah, Madammu Jadi Inspirasi Warganet Untuk Berjaya – “Dia Ni Anak Terbiar!”

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu tular di media sosial kerana berkongsi kisah perjalanan hidupnya ketika susah dahulu.

Madammu memberitahu tidak mudah untuk dia mencapai kejayaan sehingga berada di tahap yang sebegini dalam perniagaan.

Madammu mengatakan dia pernah dihina oleh orang kampung sehingga dikatakan tiada masa hadapan kerana hidupnya terlalu susah.

Menerusi video berdurasi 33 saat yang dikongsikan oleh @np.halina.nordin itu, Madamu berkongsi kisah masa lalunya yang boleh menjadi inspirasi kepada orang awam untuk berjaya seperti dirinya.

“Dulu kat kampung, orang sekeliling suka cakap yang Madammu ni anak terbiar!

“Hari ni awak semua tengok saya sangat bergaya tetapi kat kampung dulu, Madammu pakai baju kurung dengan seluar tracksuit je.

“Saya patut share dengan you all semua, sebab benda ni boleh jadikan inspirasi kepada sesiapa yang pernah lalui benda yang sama.

“Mungkin dia rasa dia tiada masa depan tapi mungkin dari story saya dia rasa, oh Madammu pun boleh berjaya, maksudnya dia pun boleh berjaya,” ucapnya.

Entri tersebut memaparkan Madammu yang sedang mengelap air mata sambil berkongsi kisah perjalanan hidupnya membuatkan warganet terharu dan terinspirasi.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mengucapkan terima kasih kepada Madammu atas perkongsian kisah hidupnya yang menjadi pembakar semangat untuk mereka berjaya dan menzahirkan rasa simpati mereka terhadap Madammu.

“Thanks Madammu sebab sharing experience untuk bagi semangat kat kita semua. Allah tak uji kita di luar kemampuan. Semoga Allah selalu memberikan rezeki dan kesihatan,” tulis seorang warganet.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Padam Atau Tunggu Surat Saman, Zara Zya Beri Amaran Kepada Penulis Blog

Zara terkejut dengan artikel bertajuk ‘Hari Kekasih Kantoi Leher Zara Zya Penuh Love Bite?’ yang disifatkan cubaan menjatuhkan reputasinya sebagai pelakon.

Trending Thu, 15 Nov 2018

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Rio, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Trending Wed, 30 Jun 2021
Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Zara Zya Mahu Lagi…

Hebatlah ‘Inchess’ ni, cayalah!

Hiburan Fri, 17 Jan 2020

Noor Nabila Akan Besarkan Jebat Jayden Dengan Sharnaaz Walaupun…

Noor Nabila menafikan dakwaan sesetengah pihak yang dia menghalang suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad daripada bertemu anak mereka, Jebat Jayden, yang menyambut harijadinya yang pertama pada 30 Ogos lalu.  Kakak kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022

Dr. Amalina Tak Pakai Bengkung Lepas Bersalin – “Boleh Memudaratkan Kesihatan” 

Tapi ramai kan yang suka pakai bengkung? Rupa rupanya tak elok untuk kesihatan

error: Content is protected !!