Hiburan By: Del14 October 9, 2019 @ 11:13pm

Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Desas desus tentang rumahtangganya yang dikata berantakan akhirnya terjawab apabila penyanyi, Adira Suhaimi, 28, berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini bagi  prosiding perlantikan hakam oleh mahkamah berhubung permohonan penceraian yang difailkan pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Susulan daripada itu, mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan. 

 Memetik laporan BH Online, Adira enggan mengulas lanjut tentang masalah rumah tangganya dan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, dan meminta orang ramai untuk mendoakan semoga segala urusan berjalan lancar. 

“Maaf, saya tidak boleh membuka mulut mengenai perkara ini kerana masih dalam proses Mahkamah Syariah.  Saya hanya mahukan yang terbaik buat diri dan anak-anak.

“InsyaAllah, apabila tiba masanya, pasti saya akan berkongsi kepada umum mengenai status diri.  Buat masa ini, doakan yang terbaik buat saya,” katanya. 

Pemilik nama penuh Siti Adira Suhaimi (28) ini berkahwin dengan Adnan sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan 3 orang anak bernama Anggrek (10 Mac 2017), Assan (9 September 2018) dan Anggun (8 Ogos 2019). 

Terdahulu, pasangan ini pernah dilanda gossip apabila sebuah portal menyebut tentang seorang penyanyi yang diceraikan semasa masih hamil anak ketiga dan status perkahwinan Adira menjadi spekulasi.

Baca:Adira Jawab Gosip Cerai

Namun, kedua-duanya menafikan perkara itu dan mempertahankan bahawa status rumahtangga mereka masih baik. 

Semasa ditemubual wartawan, Adnan mengakui tersentak dengan keputusan Adira untuk memfailkan penceraian dan tidak tahu menahu yang penceraian boleh dilakukan melalui hakam walaupun tanpa lafaz talak dan dia masih di dalam proses untuk memujuk rayu Adira supaya memikirkan keputusannya untuk bercerai.  

 “Alhamdullillah masih di beri peluang…manusia bergelar hamba memang tak lari dari melakukan kesilapan, kealpaan duaniawi, membuat saya lupa dan lalai…dengan masa yang tinggal ini akan di gunakan sebaik mungkin untuk menyelamatkan perkara halal yang di benci Allah swt…inshaAllah demi anak-anak ku tercinta,” luah Adnan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Aug 2021
Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Pelakon Popular Ini Bakal Dapat Anak Kembar Di Usia 44!

Tahniah! Akhirnya penantian pelakon popular ini bakal berakhir. Khabarnya kembar lagi. Auwww, mesti comel kan?

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Prince Affa Selesa Nyanyi Lagu Ciptaan Bapa Saudara

Dari segi pemilihan lagu, saya suka mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Afgan.

Featured Wed, 10 Jul 2024

Tak Kisah Populariti Isteri Lebih Melonjak, Shuib Tak Pernah Halang Watie Bekerja – “Baguslah Boleh Tambah Pendapatan Keluarga”

Itulah nama dia rezeki. Bak kata pepatah ‘Rezeki tak pernah salah alamat’😍😍😍

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Bila Pakar Cinta Dah Penat Bercinta…

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel. Tak apalah Riri, kumbang bukan seekor kan? Cuba lagi!

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

#AnggunLife : Pengalaman Jumpa Ramai Wanita Depresi Kerana Kurang Cantik, Ini Cara Dayah Bakar Bantu Mereka

Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar berkata, program Fitsis akan dianjurkan sekali lagi pada Januari 2019.