Categories: Trending

Akhirnya! Kluster Covid-19 Terbesar Di Malaysia Diisytihar Tamat

Mungkin ini berita baik buat seluruh rakyat Malaysia!

Dalam sidang media harian KKM hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan berita gembira selepas kluster terbesar negara iaitu kluster Sri Petaling diisytiharkan tamat.

Dr Noor Hisham berkata, kes pertama membabitkan kluster itu mula dikesan pada 11 Mac lalu dan telah menjangkiti seramai 3, 375 individu yang mengikuti perhimpunan tersebut dan ahli keluarga mereka iaitu melibatkan kes ke-131 dan kes ke 136.

” Sehingga 8 Julai lalu, seramai 42,023 individu sudah disaring, daripada jumlah berkenaan 3,375 kes positif dilaporkan iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia.

“Bagi kluster dan sub-kluster di bawahnya adalah dikesan di tujuh negeri membabitkan 2,550 warganegara Malaysia dan 825 bukan warganegara dari 28 negara,” Katanya.

Malah, berita gembira ini juga turut dikongsi menerusi laman Facebook KKM.

Kebanyakan kes positif juga adalah tidak bergejala iaitu melibatkan 2,187 kes atau 64.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dan, seramai 87 pesakit daripada kluster tersebut dirawat di Unit rawatan rapi (ICU), sementara 29 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk maklumat lanjut mengenai sidang media harian KKM, boleh tonton video dibawah.

Semoga negara Malaysia dapat memutuskan penularan Covid-19!

Salma Syahbuddin