“InshaAllah Wabak Covid-19 Akan Berlalu Pergi Dari Bumi Malaysia” -Dr. Zulkifli

Syukur.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan ucapan penghargaan berikutan kluster terbesar COVID-19 negara iaitu perhimpunan di Sri Petaling telah pun diisytiharkan tamat semalam.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan KKM di Twitter pada malam tadi.

“Alhamdulillah. Insya-Allah wabak COVID-19 akan berlalu pergi dari bumi Malaysia,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, aktiviti pengesanan dan ujian saringan bagi kluster dan sub-kluster tersebut masih lagi diteruskan sekiranya ada keperluan atau tanda-tanda berlaku peningkatan kes.

Terdahulu, kes pertama yang dikesan dalam kluster itu adalah pada 11 Mac lalu yang merebak sehingga lima generasi dengan mencatatkan lebih 3000 kes positif dikesan dan 24 kematian dilaporkan.

Buat rakyat Malaysia, perjuangan masih belum selesai. Sama-sama kita doakan wabak ini berakhir segera!

Syafiqa Irdina