Categories: Trending

Tidak Perlu Lagi Jalani Kuarantin 14 Hari Di Rumah

Sesiapa sahaja termasuk guru yang mahu memasuki Sarawak dari Sabah atau Semenanjung tidak perlu lagi menjalani kuarantin 14 hari di rumah.

Hal ini dikhabarkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Beliau menjelaskan bahawa perkara ini kerana semua perjalanan rentas sempadan negeri sudah dibenarkan termasuk membabitkan negeri Borneo itu.

“Mungkin pada peringkat awal ketika diumumkan, keadaan tidak mengizinkan, maka perlu ada kuarantin di rumah di sana.

“Tetapi sekarang ini tidak ada. Keadaan di Sabah dan Sarawak sudah terkawal… tidak ada lagi isu seperti dulu, kes banyak dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Walau bagaimanapun saringan secara rambang tetap akan dilakukan di lapangan terbang.

Beliau mengulas demikian kerana ada permintaan guru dari semenanjung dan Sabah yang mahu Kerajaan Persekutuan membuat persetujuan bersama dengan kerajaan Sarawak bagi memendekkan tempoh kuarantin di rumah, sebaik mereka tiba di negeri terbabit.

Sumber: Harian Metro

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover