Categories: Trending

Pemandu Terselamat Walaupun Kereta Terjunam…

Gempar!!

Oleh kerana tidak sempat mengelak lubang besar seluas 3 meter persegi di Jalan Maharajalela, sebuah kereta Myvi terjunam ke dalam lubang tersebut. Insiden ini berlaku pada malam 24 November.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Lalulintas Asisten Komisioner Bandar,  Zulkefly Yahya berkata kejadian itu berlaku pada lebih kurang jam 11.35 malam.

Nasib menyebelahi pemandu kereta Perodua Myvi tersebut apabila pekerja syarikat swasta berusia 42 tahun ini tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu. 

Beliau menambah bahawa siasatan lanjut bakal berjalan mengikut Peraturan 10 LN166 / 59.

“Kerja pembaikan di lokasi sedang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Sumber: NST ONline

SGMS Enal

Recent Posts