Categories: Trending

Al-Fatihah…Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat

Enam anggota bomba daripada Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) meninggal dunia akibat lemas di lombong di Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor.

Jurucakap Bomba Selangor berkata, kejadian dipercayai ketika mereka terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di lombong berkenaan.

Mangsa berusia 17 tahun belum dijumpai dan  6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. 

Jurucakap bomba Selangor mengesahkan kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas, namun disahkan meninggal dunia.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. 

Berita lanjut menyusul…

SGMS Faida