Categories: Trending

Alahai…Gambar Skandal Keempat Pula Tersebar

Belum reda kontroversi melibatkan gambar penyanyi Aliff Aziz dan remaja bernama Nismell, hari ini muncul pula beberapa keping gambar penyanyi itu bersama seorang wanita jelita.

Gambar yang memaparkan Aliff dan wanita dikenali Meiri Mefina itu dilihat berada di kelab malam mula mencuri tumpuan netizen sejak pagi tadi.

Namun begitu, wanita ini telah tampil membuat pengakuan gambar itu merupakan gambar lama yang tidak perlu diviralkan.

“ Gambar tu dah lama, I dengan Aliff memang tiada hubungan. Tak payah nak komen macam-macam. Selidik dulu, ni lah yang I malas nak layan orang jenis macam ni,” katanya.

Kata wanita yang menggunakan nama akaun Mei Fina di Instagram, dia mengingatkan netizen agar tidak menyebarkan gambar-gambar lamanya.

“ Telefon saya baru hilang sebelum Puasa. Apa tujuan mereka sebarkan gambar-gambar lama itu.

“ Semua tahu Aliff macam mana, jangan nak salahkan perempuan je. Muka cam aku tak laku ke. Setakat Aliff Aziz? kalau Dato atau Tan Sri okay lah juga,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kes curang keempat melibatkan Aliff yang dilaporkan media.

Pautan berkaitan: https://www.xtra.com.my/ms/category/featured/posts/aliff-aziz-mana-eh-remaja-nafi-kenal-penyanyi-kini-viral-di-media-sosial

SGMS Faida