Trending By: SGMS Faida May 16, 2019 @ 12:50pm

Alahai…Gambar Skandal Keempat Pula Tersebar

Belum reda kontroversi melibatkan gambar penyanyi Aliff Aziz dan remaja bernama Nismell, hari ini muncul pula beberapa keping gambar penyanyi itu bersama seorang wanita jelita.

Gambar yang memaparkan Aliff dan wanita dikenali Meiri Mefina itu dilihat berada di kelab malam mula mencuri tumpuan netizen sejak pagi tadi.

Namun begitu, wanita ini telah tampil membuat pengakuan gambar itu merupakan gambar lama yang tidak perlu diviralkan.

“ Gambar tu dah lama, I dengan Aliff memang tiada hubungan. Tak payah nak komen macam-macam. Selidik dulu, ni lah yang I malas nak layan orang jenis macam ni,” katanya.

Kata wanita yang menggunakan nama akaun Mei Fina di Instagram, dia mengingatkan netizen agar tidak menyebarkan gambar-gambar lamanya.

“ Telefon saya baru hilang sebelum Puasa. Apa tujuan mereka sebarkan gambar-gambar lama itu.

“ Semua tahu Aliff macam mana, jangan nak salahkan perempuan je. Muka cam aku tak laku ke. Setakat Aliff Aziz? kalau Dato atau Tan Sri okay lah juga,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kes curang keempat melibatkan Aliff yang dilaporkan media.

Pautan berkaitan: https://www.xtra.com.my/ms/category/featured/posts/aliff-aziz-mana-eh-remaja-nafi-kenal-penyanyi-kini-viral-di-media-sosial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 23 May 2021

‘Tak Kemaruk Soal Cinta, Tak Gelabah Fikir Jodoh, Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon Wanita Muslimah’

Penyanyi dan aktivis Heliza Helmi tidak asing lagi dalam  memperjuangkan misi kemanusiaan. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen dnamun beliau masih aktif dalam pelbagai misi kemanusiaan dalam menghulurkan bantuan buat rakyar di Syria dan Palestin. […]

Featured Thu, 16 Feb 2023

“Orang Kata Saya Nak Simpati Tapi…” – Genap 3 Tahun, Fad Masih Terkesan Dengan Pemergian Abam

Yang pernah rasa kehilangan je tahu macam mana sakitnya rasa tu 🥹

Trending Sat, 5 Feb 2022

Apa Yang Terjadi Kepada 5 Members ‘Master In The House Malaysia’ Bila Datuk Yusof Haslam Beri Tugasan Mencabar?

Episod minggu lalu, penonton telah menyaksikan perkongsian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Master dan gelagat lucu lima members iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam melaksanakan tugasan yang diberi. Episod keempat […]

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Sun, 11 Sep 2022