Hiburan By: Maya Basir January 22, 2024 @ 9:04pm

Fattah Amin Akui Jarang Melepak Selepas Berkahwin, Mohon Rakan-Rakan Tak Terasa Hati – “Tak Boleh Nak Me Time Sangat Sebab…”

Pelakon Fattah Amin akui semakin jarang keluar melepak dengan rakan-rakan selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar seorang bapa.

Memetik laporan Harian Metro, Fattah berharap rakan-rakan memahami statusnya dan tidak terasa hati kerana tidak dapat meluangkan masa bersama mereka.

“Memang tidak dinafikan sejak ada Fatima, saya memang jarang keluar dengan kawan-kawan lelaki kecuali bila betul-betul perlu. Maksudnya kalau ada mesyuarat ke, barulah saya keluar.

“Saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama dengan keluarga. Tapi, memang ada juga rakan-rakan yang menghantar mesej bertanya, namun saya balas saja pertanyaan mereka.

“Apa yang penting, kepada kawan-kawan saya mohon jangan terasa biarpun lama tidak berhubung. InsyaAllah nanti adalah rezeki, mungkin raya boleh datang ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Fattah lebih gemar bermain ‘game’ sekiranya mempunyai masa yang lapang.

“Saya juga suka bermain game, itulah yang sering dilakukan kalau ada masa untuk diri sendiri.

“Apapun, bergantung kepada keadaan jika anak ke rumah sepupu atau sibuk dengan aktivitinya, barulah saya bermain game.

“Cuma tidak boleh hendak ‘me time’ sangat kerana sudah berkeluarga kan? ‘Me time’ saya adalah bila saya dapat main game,” ujarnya.

Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

Seungri Duta Tinder Korea Selatan

Kerana popularitinya Seungri ahli kumpulan Big Bang telah dilantik menjadi duta Tinder di Korea Selatan

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Trending Sat, 9 Mar 2024

Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya

Kehadiran pelakon dan penyanyi Bella Astillah di Pejabat Agama Islam seawal jam 2.40 pagi telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet. Perkara itu telah dikongsikan oleh Melodi TV3 menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi. […]

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Buat Lagu Bola Sempena World Cup, Dato’ Seri Vida Setanding Shakira

Seiringan dengan demam bola yang kian menular sekarang, Dato’ Seri Vida khabarnya turut  terkena tempias Piala Dunia Rusia 2018.

Trending Sat, 27 Apr 2019

Kejadian Letupan Bom Terbaru Di Sri Lanka

6 Kanak-kanak Antara Yang Terkorban, Kejadian Letupan Bom Terbaru Di Sri Lanka

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Hafidz Roshdi Tekad Fail Undang-Undang Atas Nurul Shuhada Sekiranya Masih Sebar Keburukkan – “Aib Dia Saya Jaga Erat”

Siapa burukkan saya, saya akan tuntut semua dosa-dosa dan pahala saya di mahkamah Allah SWT di akhirat kelak – Hafidz Roshdi

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023