Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2023 @ 4:01pm

Hafidz Roshdi Tekad Fail Undang-Undang Atas Nurul Shuhada Sekiranya Masih Sebar Keburukkan – “Aib Dia Saya Jaga Erat”

“Sehingga kini saya masih menjaga erat segala aib Shuhada,”

Demikian kenyataan pelakon, Hafidz Roshdi yang menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berhubung muat naik hantaran di Instagram.

Jelas Hafidz, dia tidak teragak-agak untuk melakukan perkara tersebut sekiranya Shuhada masih berterusan berkongsi hantaran di Instagram yang akan memburukkan namanya.

Tambah Hafidz, dia tidak pernah memberi sebarang respons terhadap segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Banyak yang dikongsi dalam media sosial yang memburuk-burukkan nama saya.

“Namun demi perkembangan hidup baru dan sihat saya ingin menegaskan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

“Siapa yang memburukkan saya, saya akan minta dia menjawab di mahkamah Allah SWT di akhirat kelak. Saya akan tuntut semua dosa-dosa dan pahala saya di hadapan mereka.

“Pihak kami berdiam diri tapi tidak bermakna kami salah. Malahan kami mengambil masa untuk bertenang tetapi saya masih terus mendapat kecaman di media sosial.

“Sekiranya saya menjawab dan berbalas-balas di media sosial ianya tidak ada kesudahan dan akan menjadikan keadaan lebih teruk.

“Sehingga kini saya masih menjaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan Shu sebagai isteri saya selama ini.

“Tetapi sekiranya Shu masih berterusan, saya terpaksa bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Pada pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, menangguhkan keputusan lafaz cerai luar mahkamah antara pelakon, Hafidz dan isteri, Nurul Shuhada 27 Julai depan.

Keputusan tersebut dilakukan oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang akan menilai semula kenyataan bertulis kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan pada 27 Julai ini.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah memfailkan cerai di mahkamah pada 27 Februari lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jul 2024
Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Events Tue, 30 Oct 2018

Hello Kitty and Friends are Coming to Kuala Lumpur in MASSIVE Exhibition!

Time for the children to have fun and adults to re-live childhood memories.

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Lokasi, Tok Kadi Dah Ready, Awi- Atikah Kahwin 17 Mac 2019

Tarikh berkenaan merupakan hari orang bekerja jadi kami sepakat bawa ke 17 haribulan. Insha Allah majlis nikah bakal diadakan di Singapura. Semoga lancar semuanya!

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Lirik ‘Tak Perlu Ungkapkan’ Tiada Kaitan Dengan Hidup Qaidzul

Kata Qaidzul, lagu ini tiada mengena dengan pengalaman saya tetapi saya yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian. Betul ke tu? Hehe

Hiburan Wed, 26 Feb 2025
Kisah Viral Sat, 21 Jan 2023

Galau Bersama, Konsert Cakra Khan Terima Sorakan Padu Dari Peminat!

Konsert Cakra Khan – A Decade Live in Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berlangsung dengan meriah semalam. Konsert tersebut telah meraih sambutan dan sorakan padu daripada peminatnya di […]

error: Content is protected !!