Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 1, 2021 @ 6:43pm

6 Finalis Berentap Rebut Gelaran Juara COF LOCKSTAR

Program realiti pertama secara dalam talian terbitan syarikat rakaman COF Music iaitu COF LOCKSTAR bakal melabuhkan tirai menerusi peringkat akhir pada 2 Oktober, jam 9 malam di saluran YouTube COF Music.

Enam finalis berentap bagi merebut gelaran Juara COF LOCKSTAR sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 yang mana merangkumi wang tunai RM8,888 trofi dan kontrak bersama COF Music.

Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu ‘Most Creative’ dan ‘Most Viewers’ yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.

Enam peserta akhir terdiri daripada Azumi, Jiha Akhir, Ryan Razali, Yusuf Kassim, Zee Rahmat dan kumpulan Banyak Bunyik Republik.

Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim berkata, COF LOCKSTAR yang bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat akhirnya dapat dicapai berdasarkan kualiti enam finalis itu.

“Semua finalis ada kelebihan masing-masing. Malah, mereka juga daripada genre berbeza. Sebagai contoh, macam Zee Rahmat dia ada gaya tersendiri yang mana lebih pada R&B. Kalau Ryan pula rapper. Begitu juga band yang mengetengahkan muzik yang unik. Ketiga mereka ini beri persaingan hebat.

“Dari minggu pertama hingga empat, produksi sudah memberikan pelbagai genre lagu kepada mereka. Jadi, untuk pentas akhir ini mereka bakal mempersembahkan satu lagu nyanyian semula atau ‘cover version’ dan satu lagu baru yang diciptakan khas buat mereka.

“Untuk ‘final’, kita sudah rakam persembahan dengan iringan ‘live band’. Kita nak tahu sejauh mana kemampuan mereka membuat persembahan secara ‘live band’. Komen juri dan keputusan saja dibuat secara langsung.

“Berdasarkan persembahan mereka sepanjang empat minggu lalu sehingga layak ke pentas akhir, saya berasakan mereka sudah bersedia masuk pasaran muzik tempatan. Kesemua fnalis ini ada kelebihan mereka jika masuk industri.

“Kita sudah nampak hala tuju muzik mereka nanti. Pendek kata, mereka ada potensi besar untuk menyerlah. Mereka antara daripada 2,000 peserta yang hebat. Sebagai label perlu ketengahkan bakat mereka sebagai pelapis dalam industri,” katanya.

Aman berkata, single baharu yang dipersembahkan pada peringkat akhir nanti bakal dirakamkan semula dalam versi studio bagi tujuan pasaran komersial dan promosi.

“Lagu baru yang dinyanyikan pada pentas akhir adalah single mereka. Untuk pasaran komersial dan promosi pula akan dirakam lain. Sebab untuk akhir ini saja mereka kena menyanyikannya secara langsung dengan band. Mereka bertuah apabila ‘live band’ diiringi oleh beberapa individu hebat dalam bidang muzik. Semua memberikan kerjasama baik.

“Setakat ini kita masih kekal dengan perancangan untuk menjadikan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sebagai artis COF Music. Untuk yang lain pula akan dibincangkan kemudian. Kalau ada perancangan itu kita akan ambil mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Aman optimis untuk meneruskan COF LOCKSTAR pada musim kedua selain menerbitkannya di beberapa negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

“Musim pertama ini kita mendapat maklum balas yang bagus. Jadi, musim kedua akan diteruskan tahun depan. Dengan adanya program ini ramai bakat baru nak tonjolkan diri. Sebab ramai terlepas nak masuk. Mereka mahu menjadikan program ini sebagai platform mereka. Insya-Allah, kalau ada stesen TV atau pihak lain sebagai contoh platform OTT yang ingin bekerjasama, saya okay saja.

“Cuma, apa saya harapkan memang nak buat di COF LOCKSTAR Indonesia. Sekarang ini dalam proses ke arah itu. Jika semua berjalan lancar, insya-Allah ia berlangsung tahun depan. Selain itu, saya juga menyasarkan nak kerjasama dengan beberapa negara lagi seperti Singapura, Thailand dan Brunei. Kiranya, kalau dapat semua ini, musim akan datang kita nak ‘live stream’ dengan semua negara ini dalam menjayakan COF LOCKSTAR,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 20 Nov 2019

丁当「假戏真做」和王柏森关系真如父女!深情告白连粉丝都流泪

Della丁当、王柏森和陈乃荣为音乐剧《搭错车》提前抵马出席粉丝交流会;活动上丁当对着「父亲」王柏森深情告白,感动得连粉丝都不禁流泪。

Featured Thu, 11 Nov 2021
Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Adik Masih Kritikal, Afdlin Shauki Mohon Doa Orang Ramai

Oleh: Endy Ashari Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkata adiknya, Jefri Adzman masih berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan petang semalam. “Dia sudah menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang darah beku dan saya […]

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

5 VIDEO KELAKAR ABAD INI

Kalau di Malaysia korang selalu layan video-video viral pasal artis yang selalu berbalas tweet mahupun retweet, kali ini kami di xtra akan tampilkan beberapa video dari beberapa buah negara yang boleh dikatakan viral jugak lah.  Walaupun usia video tersebut sudah beberapa tahun di muat naik dilaman youtube tetapi masih lagi mendapat sambutan.

Hiburan Fri, 5 Jul 2024

[VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Nasib baik Allah tunjuk awal siapa kawan yang betul ikhlas dengan Cik B.. Hm 😢

Featured Fri, 24 Mar 2023

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Hmm tula min pun harap Aaron dengan Syamsul dapat settle baik baik 💪🏻

error: Content is protected !!