Categories: Trending

Alami Severe Acute Respiratory Infection, Doktor Ini Antara korban Covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa kesembilan kini dikenalpasti meninggal dunia akibat Covid-19. Mangsa yang berusia 48 tahun itu merupakan warganegara Malaysia yang bertugas sebagai pakar patologi di sebuah hospital yang terletak di Kangar, Perlis dan tersenarai dalam kes ke-890.

“Mangsa yang juga seorang Doktor telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 selepas mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac lalu.

 

“Bantuan alatan pernafasan diberikan sejak 19 Mac selepas keadaan kesihatannya merosot. Dia disahkan meninggal dunia pada 10.33 pagi, hari ini”

Tambahnya lagi, mangsa juga sebelum ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki namun, mangsa bukanlah dari kalangan frontliner mahupun rakan sekerja yang memiliki kontak rapat dengan mangsa.

“Ia adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara” Katanya.

Apapun, kami di Xtra ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham mangsa Covid- 19.

Untuk saksikan perkembangan terkini mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, TV3 pada jam 8 malam.

Salma Syahbuddin