Categories: Kes MahkamahTrending

“Alhamdulillah Kita Menang” – Dapat Hak Penjagaan Anak, Fatin Afeefa & Opai Luah Rasa Syukur

Sebelum ini, pelakon Adam Shahz memfailkan hadanah terhadap anak perempuannya, Ivy Herra Sophia bersama bekas isterinya iaitu pelakon jelita Fatin Afeefa.

Susulan itu, Adam dan Fatin dilihat hadir ke mahkamah bagi mengetahui keputusan kes interim hak jagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi tadi.

Menerusi hantaran Fatin, dia meluahkan rasa syukur apabila kes hadanah interim telah selesai dan keputusan berpihak kepadanya.

Namun, Fatin menyatakan kes induk hadanah masih berjalan dan anak perempuannya itu akan berada di bawah jagaannya sehingga kes selesai.

“Alhamdulillah kes hadanah interim selesai. Kes induk hadanah masih berjalan. Praises to Allah, Ivy will be in my care until the main case is settled,” tulisnya.

Dalam pada itu, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang turut memuat naik sekeping foto mereka ketika menunaikan ibadah umrah dengan meletakkan kapsyen syukur kemenenang berpihak kepada mereka.

“Alhamdulillah. Kita menang,” tulisnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Pihak Sana” – Dapat Berjumpa Anak, Adam Shahz Syukur Fatin Afeefa Sudi Bertolak Ansur

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa, Adam Shahz ‘Berperang’ Dapatkan Hak Penjagaan Anak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Jangan Pisahkan Kasih Antara Ayah & Anak” – 4 Bulan Tak Berjumpa, Adam Shahz Kongsi Momen Manis Bersama Puteri Sulung

Atiqah Johari